web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengerusi FINAS Minta Asri Alias Usah Putus Asa, Peluang Mohon Dana DKD Masih Ada

FINAS tidak terlibat dengan pengagihan dana DKD dan ia telah dilakukan secara telus serta dikendalikan sepenuhnya pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 8:25PM

Gambar hiasan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dakwaan yang mengatakan bahawa pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Berhad (FINAS) mengamalkan sikap pilih kasih terhadap pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM46.99 juta kepada 81 buah syarikat yang layak menerimanya adalah sama sekali tidak benar. Sama sekali tidak benar.

Malah, proses pengagihan tersebut benar-benar dilakukan secara telus.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata demikian sebagai membalas kenyataan pengarah dan penulis skrip, Asri Alias yang mendakwa bahawa pemberian dana tersebut bersifat berat sebelah sepertimana yang dilaporkan portal Getaran, pada Jumaat lalu. 

Dalam laporan tersebut, Asri turut mempersoalkan bagaimana ahli keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang berjawatan penting di FINAS boleh ‘lepas’ dan lulus untuk menerima dana tersebut?

Sedangkan, dia sendiri telah pun memenuhi syarat-syarat permohonan termasuklah melengkapkan segala dokumen dan borang serta manuskrip lengkap di samping menghantar sama video sedutan dan profil syarikatnya. Namun, syarikatnya langsung tidak tersenarai untuk sesi pitching

Malah, Asri juga ingin tahu apakah syarat-syarat kelayakan sekiranya FINAS benar-benar telah dalam isu pengagihan dana ini. 

Memahami kekecewaan yang diluahkan Asri itu, Zakaria berkata, pengagihan dana yang telah pun diberikan kapada 81 sebuah syarikat yang layak dan berjaya menerima dalam sesi pemakluman yang diadakan secara maya pada 29 Jun lalu telah dikendalikan sepenuhnya pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Tuan Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid
Tuan Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid

“Memang FINAS tidak terlibat langsung di dalam proses ini. Sebaliknya, kami (FINAS) hanya membantu untuk mengurus selia sahaja proses. Malah, panel penilai pun bukan kami yang pilih.

“Ianya telah ditentukan sendiri pihak KKMM yang mana ia telah melalui dua peringkat. Peringkat pertama, panel penilainya adalah dari kalangan profesional yang terdiri daripada ahli akademik. 

“Selepas disenarai pendek, ia melalui peringkat kedua pula yang mana panel pemilihnya adalah dari kalangan pihak KKMM sendiri. Sebab itu, saya boleh beri jaminan bahawa proses ini diadakan telus. Sebab, FINAS tidak terlibat,” katanya ketika dihubungi portal Getaran. 

Tentang dakwaan bahawa ahli keluarga kepada seseorang yang berjawatan penting telah berjaya mendapat dana tersebut menerusi syarikatnya, Zakaria menjelaskan bahawa permohonan dana itu dibuat sebelum wujudnya pasukan baharu. 

“Ketika itu saya belum dilantik. Begitu juga dengan Dr. Ahmad Idham selalu Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah yang lain. 

“Jadi, bila syarikatnya lulus mendapat dana, takkan kita mahu menggagalkan permohonannya yang sudah lulus itu? Oleh itu, sebulat suara melepaskan kerana ia dipohon sewaktu FINAS diterajui pasukan lama.

“Namun, menerusi pasukan baharu ini, kita telah sebulat suara menetapkan bahawa pemohon yang mempunyai hubungan persaudaraan atau kekeluargaan dengan mana-mana ahli Lembaga Pengarah atau pihak pengurusan, mereka sama sekali tidak layak memohon dana ini.

“Tindakan yang saya lakukan ini sangat jelas kerana saya tidak punya apa-apa kepentingan di dalam industri ini. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan ketelusan FINAS dalam isu-isu yang berkaitan dengan pengagihan dana,” katanya. 

Sehubungan itu, Zakaria berharap Asri tidak akan berputus asa walaupun permohonannya terhadap dana DKD ini tidak berjaya. 

“Teruslah mencuba. Lagipun dana akan dibuka lagi pada penghujung tahun dan bagi 81 buah syarikat yang sudah menerima dana tempohari lalu, mereka tidak layak memohon lagi. 

“Jadi, peluang untuk mereka yang gagal memohon dana sebelum ini masih ada dan masih terbuka luas lagi. 

“Adakalanya kegagalan sesebuah syarikat menerima dana adalah kerana proposalnya tidak begitu menarik, adakalanya jalan ceritanya agak kurang mantap atau bernas. Jadi, kena pastikan, semua itu dapat ditangani dengan baik,” katanya lagi. 

Dana DKD sebanyak RM46.99 juta yang diberikan kepada 81 buah syarikat itu merangkumi 60 syarikat (Dana Filem Cereka), tujuh syarikat (Dana Dokumentari), enam syarikat (Dana Pemasaran) dan lapan syarikat (Dana Program TV/OTT Kerjasama Khas Astro).

Sesi memaklumkan pemberian dana secara maya itu telah diumumkan sendiri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di hadapan wakil-wakil syarikat produksi terbabit beserta pihak media. - Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...