web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Kontroversi Membabitkan FINAS, Dana Diberi Kepada Kroni?

Benarkah salah satu penerima dana berkenaan syarikat yang dimiliki adik kepada seseorang berjawatan penting di FINAS?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 3:17PM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belumpun cukup seminggu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan senarai syarikat yang telah berjaya mendapat Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD), sudah muncul cerita-cerita yang tidak sedap didengar mengenai pemilihan dan pengagihan dana berkenaan yang dikatakan berat sebelah. 

Permohonan dana berkenaan yang merangkumi kategori Dana Filem Cereka, Dana Dokumentari, Dana Pemasaran serta Dana Program TV/OT telah dibuka pada tahun lalu dan pihak FINAS telah berjaya menyenaraikan 81 syarikat produksi sebagai penerima.

Namun, ura-ura perihal ketidakadilan pemberian dana yang berjumlah RM46.99 juta itu mula diperkatakan sebaik sahaja senarai penerimanya diumumkan. 

Dakwaan mengenai pemberian dana yang berat sebelah itu telah disuarakan, pengarah dan penulis skrip, Asri Alias. Dia juga turut meluahkan rasa kecewanya terhadap proses pemilihan dana berkenaan. 

Pengarah dan penulis skrip, Asri Alias. Gambar: Facebook Asri Alias
Pengarah dan penulis skrip, Asri Alias. Gambar: Facebook Asri Alias

Bagi memohon Dana Filem Cereka, Asri telah melengkapkan segala dokumen dan borang yang diperlukan. Dia juga telah menghantar skrip penuh karya miliknya yang juga pernah memenangi pertandingan skrip anjuran FINAS.

Malangnya, syarikat produksi saya tidak dipanggil untuk sesi ‘pitching.’

“Tertanya-tanya juga saya kenapa tidak dipanggil untuk sesi ‘pitching.’ Sedangkan, untuk menghantar permohonan ini saya telah bersengkang mata untuk menyiapkan sinopsis, treatment, serta anggaran perbelanjaan.

“Saya juga hantar manuskrip lengkap berserta video sedutan dan profil syarikat.

“Namun entah di mana silapnya, syarikat produksi saya tidak dipanggil untuk pergi ke fasa pitching,” jelasnya ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Bagi mengetahui punca syarikatnya tidak terpilih, Asri pernah menyuarakan persoalan tersebut kepada Pengerusi FINAS sendiri, Zakaria Abdul Hamid sewaktu bertemu dengannya di dalam sebuah majlis pada Mac lalu.

Dalam pertemuan tersebut, dia telah dimaklumkan bahawa punca kegagalan syarikat produksinya tersenarai dalam sesi permohonan dana DKD itu adalah disebabkan, syarikat miliknya itu tidak memiliki sebarang pengalaman dalam penghasilan filem.

“Saya terkejut mendengar kenyataan beliau itu. Benar, syarikat produksi saya tidak pernah menghasilkan apa-apa filem. Tapi kami bukanlah sebuah syarikat produksi baharu. 

“Sebaliknya, syarikat produksi kami ini telah menghasilkan bermacam siri dokumentari dan drama televisyen sejak ia ditubuhkan pada tahun 2013,” katanya.

Dalam pada itu, Getaran telah melakukan semakan dengan meneliti borang syarat kelayakan serta kriteria permohonan dana berkenaan.

Hasil daripada semakan tersebut, didapati tiada suatu pun klausa yang mengatakan pemohonan dana DKD itu hanya dibuka kepada mereka yang berpengalaman serta pernah menerbitkan filem.

Sebahagian daripada borang permohonan Dana Kandungan Digital
Sebahagian daripada borang permohonan Dana Kandungan Digital

“Seperkara lagi, sebaik sahaja senarai syarikat yang mendapat dana berkenaan telah pun dikongsikan FINAS beberapa hari lepas, saya dapati ada hal yang meragukan. 

“Yang mana, ada di antara dana DKD berkenaan diberikan kepada syarikat produksi yang dimiliki oleh seseorang yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan orang yang berjawatan penting di FINAS.  Tidakkah terdapat conflict of interest di sini?” soal Asri.

Memegang kenyataan yang diberikan Zakaria sebelum ini bahawa proses pemberian dana DKD ini akan diagihkan secara telus, Asri menyatakan dia ingin meminta penjelasan yang lebih terperinci terhadap hal-hal yang meragukannya itu.

“Saya minta untuk tuan pengerusi dapat memberi penjelasan mengenai isu pengagihan dana DKD ini. Kita ingin tahu bagaimana pengagihan dilakukan secara telus.

“Janganlah kata-kata ini hanya menjadi omongan kosong untuk menutup mata kami orang penggiat industri,” bingkasnya.

Portal Getaran juga dalam usaha mendapat kenyataan daripada Pengerusi Finas bagi membalas dakwaan yang dikemukakan Asri Alias tersebut. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

2

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

4

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

5

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN