web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2026 5:44PM

Sayani Saidon - Ganbar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -  Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah Jaslinda Saludin sedang mengumpul keanggotaan tambahan sebagai perancangan sekiranya memerlukan tindakan bersepadu serta menyeluruh di sektor pencarian ditetapkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 21 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada 13 bomba, petugas Jabatan Perhutanan (tiga) dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) (lima) berada dalam sektor pencarian di gunung itu.

"Komunikasi dengan pasukan penyelamat masih terputus dipercayai disebabkan berada di kawasan lembah dan terhalang liputan komunikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Sayani berkata pada 1.13 pagi, sebanyak 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah keluar dari kawasan operasi melalui Pos Musoh manakala lima lagi terdiri daripada seorang anggota bomba dan empat petugas Jabatan Perhutanan keluar melalui Pos Kuala Woh pada 2.12 pagi.

Sayani berkata enam anggota JBPM telah tiba di puncak Gunung Rayu dan berada dalam keadaan baik, mempunyai bekalan makanan serta minuman yang mencukupi dan mendapat rehat secukupnya.

"Bagaimanapun, pasukan di lapangan mengalami kekangan komunikasi kerana kawasan operasi tidak mempunyai liputan telekomunikasi menyebabkan mereka tidak dapat menghantar laporan secara terus kepada pegawai bertugas," katanya.

Selain itu, beliau berkata maklumat daripada pasukan SAR pada 12.30 tengah hari tadi memaklumkan rakaman kamera pengawasan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di kawasan Bukit Berapit 2 telah diperiksa, namun tidak menemukan sebarang imej mangsa di laluan itu.

Pasukan SAR dan anggota Perhilitan telah bergerak ke lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu bagi mengambil satu lagi kad memori untuk dianalisis.

"Lokasi kamera pengawasan di Gunung Rayu terletak kira-kira satu kilometer di luar laluan trek Sukaneka-Gunung Rayu-Bukit Berapit-Pos Musoh, namun pemeriksaan tetap dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa tersasar dari laluan utama dan melalui laluan kamera itu.

"Untuk makluman, kawasan itu berada dalam Hulu Jelai, Lipis, Pahang berdasarkan kedudukan koordinat kamera," katanya dan menambah operasi SAR masih diteruskan di sekitar Gunung Rayu dengan penglibatan anggota bomba dan MGP.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama-sama 13 individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang pendaki Moha Hanafi Neikmad, 41, dikatakan mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi 24 Mei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar