web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2026 5:51PM

Sayani Saidon - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ТАРАН - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 24 Mei, dijangka menggunakan khidmat Orang Asli daripada komuniti setempat bermula esok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata lebih 22 penduduk kampung Orang Asli (KOA) Ampang Woh, akan dipecahkan kepada kumpulan kecil dengan memfokuskan kawasan di luar trek laluan utama di antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.

"Esok Insya-Allah, kita akan dibantu oleh pasukan daripada Orang Asli, penduduk KOA Ampang Woh yang mana tadi Tok Batin pun dah datang berbincang dengan kita.

"Cuma dia (Tok Batin terbabit) minta supaya beri masa untuk mengumpulkan lebih ramai anak buahnya untuk sama-sama membuat pencarian," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) operasi mencari dan menyelamat (Ops SAR) Gunung Batu Putih JBPM di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, dekat sini hari ini.

Sayani menjelaskan SAR sebenarnya telah pun melibatkan golongan Orang Asli sejak awal operasi, menerusi keanggotaan unit khas Senoi Praaq daripada PGA Bidor serta pasukan lapangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang memasang kamera pengawasan.

Sayani berkata radius pencarian kini diperincikan serta dikecilkan di kawasan tumpuan khusus tersebut, memandangkan operasi telah memasuki hari kelapan, manakala tempoh kehilangan mangsa mencecah hari kesembilan, memberi gambaran keadaan fizikal wanita berkenaan semakin lemah.

Beliau berkata pasukan keselamatan sebelum ini telah selesai melakukan kaedah penggeledahan penuh di sepanjang laluan trek utama sejauh 35 kilometer, namun kini berdepan cabaran risiko baharu susulan penemuan kesan najis serta lintasan harimau kumbang, yang dikesan melalui kamera pengawasan Perhilitan.

"Jadi hari ini kita libatkan terus, turun bersama-sama dengan PGA (menerusi laluan udara) dengan harapan akan saling membantu sekiranya terdapat ancaman daripada haiwan liar itu," katanya.

Sayani turut memuji kecekalan dipamerkan seluruh anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Perhutanan dan malim gunung, yang kekal bersemangat meneruskan misi pencarian ada di antara mereka mengalami kecederaan ringan.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran