web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2026 2:28PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak 23 Mei lepas.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata operasi itu masih diteruskan dengan penglibatan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai agensi di lokasi kejadian.

Beliau berkata lapan lagi anggota dihantar ke puncak gunung pagi tadi bagi membolehkan proses penggiliran pasukan penyelamat dilaksanakan.

"Kita masih meneruskan operasi sejak 24 Mei lepas. Hari ini kita hantar lagi lapan anggota ke puncak bagi membolehkan penggiliran dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Program Qurban Kasih JBPM 2026, di sini hari ini.

Nor Hisham berkata berdasarkan pengalaman operasi terdahulu dan keadaan persekitaran gunung yang berbeza berbanding kawasan laut, pihaknya ketika ini tidak bercadang menghentikan operasi pencarian.

"Berdasarkan pengalaman kita dan keadaan persekitaran yang berbeza, gunung tidak sama seperti laut. Buat masa ini kita tidak mengambil keputusan untuk menghentikan operasi. Pencarian masih diteruskan, insya-Allah," katanya.

Sebelum ini, Jaslinda, 49 dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei pada 7.30 pagi.

Program Qurban Kasih anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu disempurnakan Timbalan Menteri Datuk Aiman Athirah Sabu.

Sementara itu, Aiman Athirah berkata program itu berjaya dilaksanakan dengan kerjasama JBPM serta Parlimen Sepang dan menyasarkan pengagihan daging korban kepada kira-kira 2,500 penerima di sekitar Sepang dan warga kementerian.

Beliau berkata program yang diadakan pada hari terakhir Tasyrik, 13 Zulhijjah itu melibatkan penyembelihan 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing.

"Pada hari ini kita mengorbankan 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing, dengan penyertaan kira-kira 500 petugas yang terdiri daripada warga JBPM, orang kampung serta ketua kampung bersama ahli majlis," katanya.

Aiman Athirah berkata kira-kira 38 kampung tradisi di kawasan Sepang turut terlibat dalam menjayakan program berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Bertembung Babi Hutan, Wanita Maut, Suami Cedera 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad