web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2026 7:27PM

Sayani Saidon - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pendaki wanita yang dilaporkan hilang Jaslinda Saludin, 49, disahkan bergerak menuju ke Kem Sukaneka di Gunung Batu Putih dekat Tapah, berdasarkan petunjuk penting daripada rakaman kamera pengawasan hidupan liar yang diperoleh hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata petunjuk terbaharu itu, diperoleh selepas cip kad memori daripada dua unit kamera pengawasan di puncak gunung diambil pada 10.15 pagi tadi.

"Terdapat rakaman imej mangsa (Jaslinda) telah melintasi Kamera 1 pada 11.22 pagi bertarikh 24 Mei 2026. Terdapat juga rakaman imej lapan anggota STORM JBPM dan seorang Malim Gunung Perhutanan melintasi Kamera 1 pada 5.15 petang, 25 Mei 2026, manakala tiada sebarang rakaman imej mangsa berpatah balik melintasi Kamera 1 itu.

"Bagi Kamera 2, tiada sebarang rakaman imej mangsa atau pasukan penyelamat melintasi Kamera 2 yang menuju Gunung Batu Bujang pada tarikh 24 dan 25 Mei. Sehubungan dengan itu, laluan ini disahkan tidak dilalui mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penemuan pada Kamera 1 itu menyokong hujah bahawa mangsa memang bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka, seperti penemuan jejak tapak kasut dan botol air sejak awal pencarian.

Sayani berkata terdapat dua simpang jalan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka, laluan ke water point atau punca air.

"Laluan ke water point telah dihalang dengan laluan kayu bagi menandakan ia bukan trek laluan. Rakaman Kamera 1 dapat menyokong hujah bahawa mangsa memang bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka," katanya.

Sementara itu, Sayani memaklumkan Pegawai Unit Dron JBPM Perak Mohamad Safwan Abd Halim telah mengalami kecederaan di peha, lutut dan buku lali setelah menjalankan pencarian bermula semalam, melibatkan lokasi dari Kem Kantoi menuju alur air ke Sungai Ayer Busok, serta menyusur sungai tersebut sejauh satu kilometer.

Beliau berkata Mohamad Safwan bersama tiga lagi penyelamat yang menghentikan pencarian di Puncak 2085 selepas bergerak membuat pencarian di sekitar Simpang Ite, telah dibawa keluar menggunakan teknik winching oleh pesawat AW139.

"Sebanyak 42 anggota penyelamat yang lain, termasuk pasukan yang bergerak dari Pos Musoh masih berada di lokasi dan menjalankan operasi pencarian," katanya.

Tinjauan Bernama di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) operasi mencari dan menyelamat (Ops SAR) Gunung Batu Putih JBPM di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dekat sini hari ini mendapati, pasukan penyelamat membuat penelitian dan perbincangan terhadap rakaman tersebut kira-kira satu jam.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan, memulakan pendakian Trans spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 4 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar