web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:38AM

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Menerusi hantaran di aplikasi X, beliau menjelaskan permohonan berkenaan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasannya.

"Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar serta undang-undang perburuhan kita untuk mendukung 3K iaitu kebajikan, kemahiran, keberhasilan pekerja seterusnya meningkatkan daya saing ekonomi negara," menurut hantaran itu.

Dalam hantaran sama, Sim turut melampirkan Akta Pekerjaan 1955 yang menonjolkan Bahagian XIIC mengenai pengaturan kerja yang fleksibel.

Menurut Seksyen 60P (1) akta itu, pekerja berhak meminta daripada majikan mereka untuk pengaturan kerja fleksibel untuk mengubah waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat bekerja tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan.

Menurut akta itu, permohonan untuk pengaturan kerja fleksibel di bawah 60Q (1), pekerja hendaklah membuat permohonan di bawah Seksyen 60P secara bertulis dan dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada hantaran sebuah portal mengenai pekerja di Singapura kini, boleh memohon bekerja empat hari seminggu, lebih banyak hari bekerja dari rumah, dan masa kerja berperingkat bermula 1 Disember tahun ini.

Perkara itu susulan satu Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permintaan Susunan Kerja Fleksibel diumumkan Perikatan Tiga Pihak untuk Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) di negara tersebut baru-baru ini.

TAFEP adalah agensi ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Kedai Telefon Bimbit Didakwa Bunuh Majikan

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Majikan Perlu Beri Masa Pekerja Keluar Mengundi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad