web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Majikan Perlu Beri Masa Pekerja Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majikan diingatkan supaya memberi tempoh masa yang munasabah kepada pekerja untuk keluar mengundi esok dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Setiausaha, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pekerja mempunyai hak untuk keluar mengundi di bawah peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR juga ingin mengingatkan majikan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Dalam PRK Pelangai yang akan berlangsung esok, seramai 16,383 orang pengundi akan menjalankan tanggungjawab membuang undi dengan sokongan bantuan petugas berjumlah 312 orang.

Berikutan itu, sebanyak sembilan pusat mengundi akan beroperasi dengan 30 saluran dijadualkan dibuka seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.

"Pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan digalakkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

"Walau bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang atau mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan," kata kenyataan itu lagi.

Pengundi juga dinasihatkan untuk membuat semakan awal mengenai maklumat pengundian bagi mendapatkan informasi berhubung pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan.

Semakan tersebut boleh dibuat melalui pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 dan juga boleh menyemak melalui aplikasi MySPR Semak.

Hari ini adalah hari terakhir bagi kesemua parti yang bertanding untuk berkempen dan mesti menghentikan sebarang bentuk kempen pada tepat jam 11.59 malam ini.

Sebarang aktiviti merayu undi termasuklah di luar Pusat Mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain adalah dilarang sama sekali dan sekiranya melanggar peraturan tersebut, pesalah boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

BN mengekalkan kerusi DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November lalu menerusi Datuk Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. - Getaran, 6 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran