web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

Semasa Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2026 5:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu digantung sekolah selepas dipercayai mencekik rakannya dari belakang dalam satu insiden yang berpunca daripada pertikaian tempat duduk di kantin sekolah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan fizikal membabitkan dua pelajar lelaki Tingkatan Satu pada 16 April lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku di hadapan kedai koperasi sekolah selepas tercetus perselisihan faham antara mangsa dan suspek berkaitan tempat duduk di kantin.

“Suspek bertindak mencekik leher mangsa dari belakang sambil mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap mangsa.

“Susulan kejadian itu, mangsa dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk menerima rawatan perubatan pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosdi berkata, pihak sekolah telah mengambil tindakan disiplin terhadap suspek selepas satu mesyuarat jawatankuasa yang melibatkan polis, pihak sekolah dan penjaga kedua-dua pelajar diadakan pada 20 April.

Katanya, suspek telah diberikan amaran rasmi dan digantung persekolahan oleh pihak pengurusan sekolah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Polis menasihatkan semua pihak supaya menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

4

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 56 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar