web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 12:11PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majikan bersedia untuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif dalam satu projek perintis yang akan dimulakan pada Jun ini tetapi mereka mengingatkan keperluan menambah baik apa yang perlu dibaiki sebelum dasar itu dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, gaji lebih tinggi berdasarkan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja akan menarik minat lebih ramai pelabur ke negara ini.

Beliau berkata, kadar pertumbuhan produktiviti perlu ditingkatkan terlebih dahulu dengan kos akan ditanggung oleh majikan, maka bagi mengurangkan beban tambahan, kerajaan seharusnya menampung kos untuk peningkatan kemahiran dan pemahiran semula sebelum pekerja boleh dibayar dengan gaji yang lebih tinggi.

"Dasar gaji progresif bukan hanya untuk melaraskan gaji supaya setara dengan prestasi kerja, produktiviti, kemahiran dan pengalaman tetapi juga memastikan produktiviti dan keuntungan majikan meningkat, sementara pengguna mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

"Di bawah model gaji progresif, apabila pekerja memiliki kemahiran diperakui, mendapat lebih pengalaman dan menunjukkan peningkatan dalam prestasi kerja dan produktiviti, mereka layak untuk mendapat gaji yang lebih tinggi," katanya kepada BERNAMA.

Syed Hussain berpendapat pelaksanaan dasar ini yang melibatkan peruntukan tertentu sebagai subsidi kepada majikan yang suka rela melakukannya perlu diperkemaskan bagi memastikan kefahaman yang lebih baik dan menarik penyertaan lebih ramai majikan ke dalam program ini.

"Belum lagi jelas bagaimana subsidi ini akan diagih-agihkan dan kerajaan belum lagi menetapkan kadar minimum kenaikan untuk layak mendapat subsidi ini. MEF berpandangan subsidi untuk kenaikan tahunan seharusnya tidak dihadkan kepada 12 bulan sahaja," katanya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, Dasar Gaji Progresif dijangka memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja, dengan andaian pemberian insentif daripada kerajaan sebanyak RM2 bilion.

Walaupun pujian diberikan kepada langkah kerajaan untuk memperkenalkan dasar gaji progresif, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, keputusan untuk tidak menjadikan dasar ini mandatori adalah langkah tepat kerana setiap perniagaan adalah unik.

Beliau berkata, perniagaan seharusnya menentukan sendiri sama ada menyertai dasar gaji progresif ini atau tidak.

"Daripada menggunakan pendekatan hukum, kerajaan menggunakan pendekatan ganjaran sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan atau setahun pelaksanaannya, katakan (kenaikan) RM200-RM300 (kepada pekerja) akan ditanggung kerajaan.

"...tetapi apabila sektor swasta dengan kewangan tambahan ini menyaksikan produktiviti meningkat, mereka (majikan) seharusnya lebih sedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi, selagi mereka melihat ini sebagai kaedah untuk memberi insentif kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih produktif," katanya.

Menurut Ameer, Mydin sedia untuk menyertai pelaksanaan dasar gaji progresif dengan rantaian pasar raya besar itu telah meneliti 7,000 pekerja untuk menerima faedah itu menurut petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu untuk pekerja yang memegang jawatan pengurusan di peringkat bawahan dan pengurusan tertinggi.

Sementara itu, Ketua Hak Asasi Manusia, Undang-undang dan Sosial EMIR Research, Jason Loh Seong Wei berkata, dasar itu adil dan seimbang kerana ia tidak dikenakan secara langsung ke atas majikan dengan kerajaan menyediakan insentif tunai untuk menambah kepada kenaikan gaji.

"Bukan hanya majikan yang menyertainya akan mendapat insentif kewangan tetapi juga pekerja-pekerja, kerana mereka adalah penerima utama dasar gaji progresif. Insentif tunai sememangnya akan sampai kepada pekerja-pekerja yang layak.

"Ini tidak hanya akan meningkatkan produktiviti dalam konteks keluaran tetapi juga latihan dan pembangunan seperti peningkatan kemahiran dan pemahiran semula," katanya.

Pada 30 November lalu, Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong, menyatakan kira-kira 80 peratus daripada majikan terpilih sedia untuk menyertai Dasar Gaji Progresif jika ianya secara suka rela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneliti terlebih dahulu kemampuan dan prestasi kewangan syarikat sebelum menyertainya. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Kedai Telefon Bimbit Didakwa Bunuh Majikan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

80 Peratus Majikan Terpilih Sedia Sertai Dasar Gaji Progresif - Kementerian Ekonomi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan