web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 8:00AM

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10 Bil 1 Tahun 2024 di Kementerian Dalam Negeri. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibawa masuk pada November 2023.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan bersama berkata, kedua-dua kementerian telah melancarkan siasatan dan mendapati pekerja terbabit terbiar tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan mereka.

"Majikan juga dilaporkan gagal menjaga kebajikan pekerja-pekerja ini dari segi tempat tinggal dan makan minum. Mengikut rekod, majikan yang telah membawa mereka masuk pada November 2023 adalah Syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd," menurut kenyataan berkenaan.

Kesemua mangsa yang diselamatkan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk urusan dokumentasi sebelum dibawa mendapatkan Perintah Perlindungan Interim.

Menurut kenyataan itu, terdapat enam tindakan tegas yang akan dan sedang diambil oleh kedua-dua kementerian terhadap majikan terbabit antaranya mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] kerana kegagalan majikan menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja.

Tindakan lain adalah mengikut Akta Kerja 1955 [Akta 265] kepada majikan kerana kegagalan membayar gaji kepada pekerja, menyenaraihitamkan syarikat yang terbabit daripada menggajikan pekerja asing pada masa hadapan dan membekukan baki kuota yang diperoleh syarikat terbabit.

Selain itu, siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] terhadap majikan dan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 [Akta 150] kerana majikan dipercayai memegang pasport pekerja.

"Akhir sekali, KDN dan KSM juga memberi amaran tegas kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing supaya sentiasa menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi lunas perundangan negara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar