web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2024 9:17AM

Anak-anak hasil perkahwinan yang tidak didaftarkan akan mewujudkan generasi baharu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sarawak. – Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Persatuan Hak Orang Asli Sarawak (SCRIPS)  menggesa kerajaan dan pemimpin masyarakat untuk lebih tegas mencegah perkahwinan antara pekerja asing dan penduduk tempatan, terutamanya wanita peribumi di luar bandar negeri ini.

Setiausaha Agung SCRIPS, Michael Jok berkata, terdapat banyak kes perkahwinan antara pekerja asing dan wanita peribumi Sarawak sejak beberapa dekad lalu, yang yang menyumbang kepada isu kewarganegaraan.

"Kebanyakan perkahwinan ini tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan anak-anak yang dilahirkan akhirnya tidak memiliki sijil kelahiran,” katanya.

Menurut Jok, terdapat puluhan ribu pekerja asing, terutamanya dari Indonesia di ladang-ladang dan kawasan pembalakan di Sarawak, selain pekerja dari India, Pakistan dan Myanmar.

"Pasangan-pasangan ini tinggal bersama di ladang dan kemudian lahirkan anak. Memburukkan lagi keadaan, ramai wanita peribumi yang 'berkahwin' dengan pekerja asing juga tiada dokumen pengenalan diri yang lengkap.

"Anak-anak hasil perkahwinan dengan pekerja asing ini mewujudkan generasi baharu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sarawak. Kebanyakan pekerja asing lelaki biasanya berada di Sarawak hanya untuk beberapa tahun. Selepas kontrak mereka tamat, mereka tinggalkan negeri ini, meninggalkan 'isteri' dan anak-anak mereka.

"Kanak-kanak ini kelak akan menghadapi masalah untuk membuktikan bahawa mereka memang dilahirkan di Sarawak dan bukannya pendatang haram," jelasnya.

Justeru, kata Jok, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan dengan serius penguatkuasaan undang-undang yang ketat bagi menghalang pekerja asing kontrak di Sarawak berkahwin dengan penduduk tempatan tanpa melalui proses yang sewajarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu orang tanpa kewarganegaraan yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar di Unit Bergerak JPN yang telah digerakkan ke beberapa lokasi di daerah Miri dan Belaga.

Di Miri, ratusan individu tanpa dokumen pengenalan diri hadir setiap hari dari 20 hingga 30 November tahun lalu untuk bertemu pasukan Unit Bergerak JPN di Pusat Sivik Miri. 

Mengulas isu sama, Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Datuk Sebastian Ting mengakui isu orang tanpa kewarganegaraan sebenarnya jauh lebih serius daripada jangkaan kerajaan negeri. 

Ting berkata beliau sedang menyediakan laporan supaya kerajaan negeri dan Persekutuan dapat melihat bagaimana isu ini boleh ditangani dengan lebih berkesan dan menyeluruh. – Getaran, 29 Ogos, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad