web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pekerja Kedai Telefon Bimbit Didakwa Bunuh Majikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 1:37PM

Yap Kok Ming (tengah) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH  - Seorang pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikannya, minggu lepas.

Yap Kok Ming, 54, mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Lee Siew Lean, 49, di kedai menjual aksesori telefon bimbit di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini antara 10 pagi hingga 12 tengah hari, 4 Januari lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 4 Januari lepas, seorang pengusaha kedai aksesori telefon bimbit dilaporkan maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh pekerjanya dalam satu pergaduhan akibat perselisihan faham berkaitan masalah kewangan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya.

Teman lelaki mangsa berusia 42 tahun juga mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala suspek yang turut cedera berjaya ditahan polis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan