web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2026 8:34PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut diambil susulan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang memutuskan untuk bertanding di kesemua 36 kerusi.

“Ya, di Negeri Sembilan, BN sememangnya akan bertanding secara solo kerana PH telah mengumumkan bahawa mereka akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Itu bermakna kami tiada pilihan selain bertanding secara bersendirian,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dalam satu majlis menghadap di Istana Besar Seri Menanti pada hari yang sama.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN selepas Johor, yang berbuat demikian lebih awal bulan ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa.

“Kami masih bekerjasama rapat sebagai satu pasukan, dan saya fikir kerjasama ini perlu diteruskan sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO itu turut menolak kemungkinan Muafakat Nasional (MN) akan dihidupkan semula.

“MN telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh pihak tertentu. Jadi, kami sama sekali tidak mempunyai hasrat atau keinginan untuk menghidupkan semula MN, sama ada versi 1.0 mahupun 2.0. 

"Perkara itu muktamad dan kami telah menutup buku mengenainya,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar