web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2026 4:01PM

Zambry Abd Kadir (tengah) menunjukkan bakat di dapur ketika merasmikan Dapur MADANI di UNIMAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua mahasiswa yang berdepan masalah khususnya kewangan sehingga menjejaskan keperluan harian termasuk makanan digesa menghubungi pengurusan universiti untuk mendapatkan bantuan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, golongan terbabit tidak perlu malu atau segan, kerana apa yang lebih penting ialah mereka mampu meneruskan pengajian sehingga akhir. 

Menurur beliau, Dapur Siswa MADANI yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ialah antara inisiatif yang dirangka khusus untuk memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terpelihara, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa.

“Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar yang berdepan kesukaran kewangan. 

“Dapur MADANI membantu mereka memperoleh makanan secara percuma dan tidak perlu menanggung beban sehingga menjejaskan kehidupan serta tumpuan terhadap pengajian,” kataya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Zambry, beliau amat menghargai komitmen setiap universiti dalam memastikan mahasiswa yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

“Saya berkesempatan bersama mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk merasmikan pelaksanaan Dapur Siswa MADANI di universiti ini.  

"Komitmen universiti dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya sangat dihargai,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Zambry memberitahu, banyak saluran bantuan disediakan untuk mahasiswa yang berdepan masalah kewangan dan pihak universiti sentiasa bersedia membantu.

"Jangan pendam atau berasa segan. Berhubunglah dengan pihak universiti masing-masing.

“Saya tidak mahu ada mahasiswa yang terpaksa mengikat perut, berlapar atau mengorbankan keperluan asas semata-mata untuk meneruskan pengajian,” katanya.

Tegas beliau  fokus utama yang perlu dilakukan setiap mahasiswa ialah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan membina masa depan. 

“Soal kebajikan, kita akan berusaha sedaya upaya untuk membantu. 

“Tiada mahasiswa yang seharusnya tercicir atau berdepan kesukaran bersendirian,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

Sorotan

1

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

2

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

3

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

4

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

5

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

6

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 minit yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad