web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 9:25PM

KPT tidak pernah membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak pernah membincangkan kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menegaskan perkara itu, menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, isu terbabit tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat KPT atau peringkat Kabinet.

Menurut beliau, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 - UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Dr Zambry Abd Kadir - Gambar fail
Dr Zambry Abd Kadir - Gambar fail

Terdahulu, Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UiTM menggerakkan kempen bagi membantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu bermula semalam.

Jurucakap MPP UiTM berkata, semua penuntut diseru mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda bantahan.

Menurut beliau, MPP akan membantah apa sahaja keputusan biarpun cadangan itu hanya melibatkan program pascasiswazah.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-Institut Jantung Negara (IJN), Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mencadangkan membuka program itu kepada bukan Bumiputera bagi tempoh sementara.

Beliau berkata cadangan itu bagi menangani masalah kekurangan pakar dalam bidang kardiovaskular. - Getaran, 15 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad