web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 4:00PM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melihat ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sektor pendidikan tinggi dalam usaha memantapkan lagi langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi menjayakan sistem pendidikan dan latihan teknikal itu dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ekosistem TVET dalam sektor pendidikan tinggi merangkumi Politeknik, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) serta universiti awam lain, yang menawarkan program kejuruteraan dan teknologi seperti Universiti Malaya (UM).

"Jadi secara keseluruhannya kita nak tengok di manakah ekosistem pendidikan tinggi dalam penawaran pengajian TVET, dan kita akan bangunkan ekosistem ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat TVET Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), sempena lawatan kerja beliau ke UniMAP di Kampus Alam, Pauh Putra di sini, hari ini.

Turut serta, Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kadar kebolehpasaran kerja graduan UniMAP mencapai 97 peratus dengan terdapat peningkatan graduannya mendapat gaji premium setiap tahun.

"Satu kekuatan yang ada pada UniMAP adalah banyak program dituruti dengan penyediaan program profesional, ini dapat dilakukan kerana kerjasama dengan industri telah memberikan pendedahan latihan kepada tenaga akademik UniMAP untuk menjadi pelatih kepada penawaran sijil profesional.

"Kita tahu sijil profesional merupakan nilai tambah kepada seseorang graduan, dengan sijil profesional bukan sahaja mudah dapat pekerjaan, tetapi juga dapat pendapatan lebih baik, sebab itu UniMAP antara universiti mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi, sebanyak 97 peratus,” katanya.

Beliau juga menekankan supaya UniMAP antara lain memperluaskan dan meningkatkan lagi usahanya membangunkan bakat terutama dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) khususnya semikonduktor memandangkan bidang itu memerlukan tenaga kerja mahir yang ramai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad