web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 2:04PM

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan akan dirangka bagi memastikan bakat yang dihasilkan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kekal relevan, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata, strategi itu akan dirangka berdasarkan dapatan seminar 'Tripartite' 2024 yang diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini, membabitkan siri seminar dengan penglibatan barisan pemegang taruh pihak permintaan (demand), pemegang taruh pihak penawaran (supply) dan agensi kerajaan selaku pemudah cara.

"Strategi-strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan bagi pemegang-pemegang taruh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan dirangka berdasarkan dapatan seminar Tripartite 2024.

"Seminar Tripartite adalah satu daripada inisiatif untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan bakat masa depan berkemahiran yang dihasilkan melalui institusi TVET adalah relevan dengan pekerjaan semasa, masa hadapan dan berpendapatan tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran seminar Tripartite 2024 di sini, hari ini.

Sim berkata, platform seminar Tripartite mempertemukan wakil industri dan institusi TVET untuk berkongsi pandangan serta aspirasi, demi masa depan TVET yang lebih komprehensif dan memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak.

"Konsep Tripatisme yang diguna pakai adalah selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam penjajaran inisiatif baru kementerian bagi tahun 2024 untuk menghasilkan dasar yang lebih kolektif, inklusif dan partisipatif seterusnya memberi manfaat baik kepada semua pemengang taruh," katanya.

Beliau berkata, lima bidang utama telah dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang tinggi (HGHV) dipilih sebagai tema utama dan akan dipadankan dengan kriteria tertentu pemegang taruh JPK bagi pelaksanaan seminar pada kali ini.

Lima bidang itu adalah industri asas tani dan hospitaliti, industri nadir bumi, industri berasaskan peralihan tenaga, industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi, dan industri berasaskan teknologi dan digital.

"Saya berharap agar program sebegini diadakan secara berterusan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama industri ke arah pelaksanaan program TVET berkonsepkan berpandukan industri berimpak tinggi," katanya.

Sim menggesa pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik kementerian dengan turut mempromosikan TVET serta menonjolkan peluang kerjaya dalam sektor industri masing-masing.

Pihak industri juga boleh mengiktiraf Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai satu daripada keperluan kemasukan kerjaya dan menggalakkan sinergi perkongsian kepakaran dan peralatan lestari melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

"Jalinan kerjasama ini amat penting dalam membantu negara melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri seterusnya menyumbang ke arah pembentukan MADANI yang makmur, inklusif dan mampan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar