web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 1:52PM

Ahmad Zahid Hamidi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tumpuan dan peluang diberikan kepada anak-anak muda masyarakat India dalam menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteknologi tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata perkara berkenaan adalah penting dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan itu melalui pendidikan selain membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyarakat India.

"Kita (kerajaan) memberi perhatian terutama pada kemiskinan bandar, untuk mengatasi kemiskinan bukan hanya dalam bentuk sokongan kewangan semata-mata, tetapi mesti menggunakan satu proses untuk menstrukturkan semula kedudukan ekonomi melalui pendidikan.

"Biarpun masyarakat Melayu dan bumiputera amat terkesan, usaha-usaha untuk melayani semua (kaum) di negara ini mesti terus dipertingkatkan dan kaedah terbaik adalah melalui pendidikan," katanya pada Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata antara bidang TVET berteknologi tinggi yang dikenal pasti ialah kecerdasan buatan (Al), kenderaan elektrik (EV) dan teknologi berkaitan hidrogen yang membolehkan lepasan pelajar TVET mempunyai kemahiran tinggi dan dapat terus bekerja dalam sektor penting.

"Kita telah lakukan kerjasama dengan pemain industri, ertinya pelajar lepasan TVET akan terus bekerja dengan syarikat di Malaysia dan antarabangsa. Ini yang telah kita lakukan tetapi kita akan tumpukan juga kepada anak-anak muda masyarakat India dan saya akan pastikan ia dilakukan pada tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan terus menyantuni permasalahan dalam kalangan kaum berkenaan selain menyarankan agar lebih banyak tempat disediakan untuk anak-anak muda India lepasan sekolah dan yang tercicir dalam pendidikan, di institusi TVET.

"Kita akan sesuaikan minat mereka dalam bidang tertentu untuk dilatih dalam TVET dan bekerjasama dengan institusi dan universiti teknikal di India untuk kita mempromosi TVET yang berdasarkan pendidikan teknologi terbaharu di dunia," katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), Ahmad Zahid berkata beliau akan memastikan perkara itu direalisasikan bagi menjaga kebajikan lebih 1.2 juta pekerja yang terlibat dalam bidang itu.

"Walaupun terdapat beberapa kekangan, saya pasti bersama Perdana Menteri untuk merealisasikan suruhanjaya itu, saya sendiri telah bawa (cadangan itu) suatu ketika dahulu dan akan merealisasikannya dengan persetujuan Kabinet," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad