web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


80 Peratus Majikan Terpilih Sedia Sertai Dasar Gaji Progresif - Kementerian Ekonomi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 4:15PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 80 peratus daripada majikan terpilih bersedia untuk menyertai Dasar Gaji Progresif, sekiranya ia bersifat sukarela dan memberikan ruang kepada majikan untuk meneliti terlebih dahulu kemampuan dan prestasi kewangan syarikat sebelum mengambil bahagian.

Kementerian Ekonomi menyatakan jumlah peratusan tersebut diperoleh hasil daripada sesi libat urus bersama majikan terpilih. 

“Penyertaan Dasar Gaji Progresif secara sukarela akan disokong oleh dua ciri lain iaitu bantuan insentif tunai dan kenaikan gaji yang terkait dengan produktiviti.

“Sokongan kerajaan melalui bantuan insentif akan membantu majikan membiayai kos untuk menyertai dasar ini selama 12 bulan supaya majikan dapat menyesuaikan pelan perniagaan dengan mengambil kira kenaikan kos buruh,” katanya dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman web Parlimen bertarikh 30 November. 

Kementerian Ekonomi berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan implikasi model Gaji Progresif bersifat sukarela, yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dapat menangani jurang gaji dan kos sara hidup yang tinggi dan apakah peratusan terkini majikan berdasarkan sektor yang sudah menunjukkan kesediaan untuk melaksanakan model Gaji Progresif.

Kementerian itu berkata, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara sukarela adalah untuk memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan untuk menerima pakai model gaji progresif.

“Ini untuk memberi ruang yang mencukupi untuk syarikat bersiap sedia dan melakukan penyesuaian tanpa tekanan kos yang terlalu besar, terutamanya kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya. 

Dasar Gaji Progresif akan diperkenalkan untuk menaikkan siling gaji melalui panduan gaji permulaan mengikut jawatan dan kenaikan gaji tahunan secara progresif yang akan mengurangkan jurang gaji.

Dasar tersebut mempunyai tiga ciri asas iaitu pelaksanaan secara sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada suku ketiga 2024 serta penilaian impak akan dijalankan untuk menilai keberkesanan dan ketersediaan dasar, sebelum Dasar Gaji Progresif dilaksanakan secara menyeluruh.

Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif telah dibentangkan di Parlimen pada 30 November 2023. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Gaji Progresif Dibentang Dalam MTEN Ogos - Rafizi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

RMK12: Kerajaan Perpaduan Luluskan 436 Projek Bernilai RM22.17 Bilion Di Kelantan

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Fokus Kepada Penstrukturan Ekonomi Untuk Mendepani Cabaran Ekonomi - Rafizi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam