web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2026 11:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerjasama politik PAS dan BERSATU tamat secara rasmi, selepas kedua-dua parti itu gagal meneruskan persefahaman yang terjalin sekian lama. 

Keputusan terbabit disifatkan sebagai perpecahan paling signifikan dalam blok pembangkang sejak penubuhan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menimbulkan persoalan baharu mengenai masa depan gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan berkenaan dicapai usai Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, malam tadi.

Menurut beliau, kedua-dua parti tidak lagi mampu berada di bawah satu payung berikutan perbezaan yang tidak dapat didamaikan, khususnya melibatkan hala tuju masa depan politik pembangkang serta usaha memperluaskan penyatuan politik Melayu-Islam.

“Perpisahan ini merupakan langkah yang tidak menyenangkan namun tidak dapat dielakkan.

“Perkara paling utama bagi PAS ialah penyatuan ummah. Apabila BERSATU dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN mengambil pendirian menolak kemasukan parti-parti seperti BERJASA, PEJUANG, IMAN dan PUTRA walaupun kertas cadangan telah disediakan, tindakan tersebut jelas menjejaskan agenda penyatuan yang sekian lama kami usahakan,” katanya. 

Tegasnya, keputusan tersebut merupakan pilihan politik yang sukar dan bukannya satu kemenangan.

Katanya, langkah itu dibuat selepas hubungan antara kedua-dua parti dilaporkan semakin tegang sejak beberapa bulan lalu, dengan pertikaian di Perlis dan Negeri Sembilan menjadi titik konflik utama yang mendedahkan perbezaan pandangan lebih mendalam dalam gabungan berkenaan.

Menurut Ahmad Fadhli, kesan daripada episod tersebut telah melemahkan semangat jentera akar umbi PAS dan menimbulkan kebimbangan serius mengenai keberkesanan kerjasama pilihan raya dengan BERSATU pada masa hadapan.

“Keputusan yang dibuat PAS semalam bukanlah sesuatu yang menggembirakan, namun ia dilakukan demi kebaikan masa depan yang lebih besar,” katanya.

Ahmad Fadhli menarik perhatian, segala perkara berkaitan kedudukan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan diuruskan mengikut mekanisme perlembagaan serta prosedur ditetapkan.

“Ini bagi memastikan peralihan berjalan secara teratur dan mengelakkan ketidakstabilan politik yang lebih luas,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

2

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

4

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad