web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hormati Permintaan Isteri, Aliff Aziz Tak Akan Berlakon Dengan Sophia AlBarakbah Lagi

Susulan kontroversi melibatkan hero dan heroin drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, Aliff Aziz bersetuju untuk tidak lagi bergandingan bersama Sophia AlBarakbah.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 6:00PM

Aliff idak menafikan, kontroversi tersebut terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri. - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi menghormati permintaan isterinya, penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz bersetuju untuk tidak lagi bergandingan bersama Sophia AlBarakbah dalam mana-mana produksi  drama selepas ini.

Awal minggu ini, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan Bella Astillah mengenai seorang aktres wanita yang berani mati mengakui menyukai suaminya.

Biarpun tidak mendedahkan nama aktres berkenaan, namun ramai yang sudah dapat mengagak bahawa aktres yang dimaksudkan Bella adalah Sophia AlBarakbah kerana ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ bersama Aliff Aziz.

Aliff ketika ditemui di sidang media pelancaran drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ berkata, apa yang dikatakannya isterinya sewaktu sidang media Famili Duo terdahulu adalah benar.

“Saya tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff tidak menafikan, kontroversi tersebut terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.

“Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga iktilat.

“Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” ujarnya.

Sementara itu, Aliff juga enggan kontroversi ini berlarutan dan demi menghormati isteri, dia akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon wanita tersebut.

Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan bagi menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan warganet.

“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.

Aliff juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kontroversi yang sedang berlaku ini adalah gimik semata-mata untuk menaikkan rating drama ini.

“Saya tak akan pernah setuju untuk membuat gimik bagi menaikkan sesebuah drama.

“Perkara ini bukan sesuatu benda yang menggembirakan. Biarlah drama ini naik disebabkan naskah itu sendiri,” katanya.

Drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ yang diarahkan oleh Osman Ali ini akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari ini. - Getaran, 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad