web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Kemelut Industri, Institusi Kebudayaan Tahun Ini

Berikut kami tampilkan beberapa perkara yang pernah berlaku pada industri serta institusi kebudayaan di Malaysia.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 12:07PM

Gambar : Poster (Twitter), KLPAC (Facebook KLPAC)

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebarang aktiviti kebudayaan sunyi sepi kerana Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Banyak produksi teater, aktiviti budaya serta ruangan keramaian tidak mampu bertahan kerana tiada pengunjung memandangkan perjumpaan keramaian tidak dibenarkan.

Tahun yang sama juga kita menyaksikan bagaimana seni berfungsi sebagai alat kritikan dan protes mewakili suara orang kebanyakan. 

Dalam sorotan Getaran untuk segmen Budaya kali ini, berikut kami tampilkan beberapa perkara yang pernah berlaku kepada industri serta institusi kebudayaan di Malaysia.

 

KLPAC Hampir Tutup

Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga betul-betul menguji. Kerana pada waktu itu kita dikurung dalam tempoh yang panjang dengan SOP yang sangat ketat.

Premis kesenian seperti Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) yang popular juga berdepan dengan risiko hampir ditutup.

Pihak KLPAC pernah menulis surat terbuka kepada Datuk Sri Nancy (MOTAC), Dato’ Saifuddin (KKMM) dan Datuk Mohd Rabin (MKN) dan  Datuk Sri Ismail Sabri menceritakan bagaimana terdesaknya industri seni dan budaya Malaysia.

Tiada aliran wang masuk untuk menanggung kos operasi.

 

Puisi Darurat

Fasa tiga PKP juga menyaksikan bagaimana rakyat marah dan protes di laman sosial kerana pada waktu itu kerajaan dianggap gagal untuk tampil dengan perancangan yang boleh meredakan keresahan semua.

Pada waktu itu sebuah tanda pagar #PuisiDarurat dicipta oleh Bilik Penyair. Melalui tanda pagar itu, pengguna media sosial menggunakan puisi untuk mengecam dan mengkritik kerajaan yang dianggap lembap menguruskan pandemik.

Ramai yang turut menyertai kempen itu termasuklah penyair Jack Malik

 

Sepanduk Perarakan

Tidak hanya kempen di media sosial, nampaknya rakyat Malaysia sudah hilang sabar dan turun ke jalanan. Kempen Bendera Hitam telah menyaksikan kira-kira 50 orang peserta berpakaian serba hitam membawa sepanduk yang membawakan mesej yang pelbagai.

Getaran telah menuliskan kepentingan sepanduk semasa perarakan dan bagaimana tulisan ini relevan semasa perarakan.

 

Pameran Lukisan Artisfair Dikecam

Penganjur pameran lukisan Artisfair menerima kecaman teruk apabila mereka menggantung lukisan di balkoni pusat beli-belah Fahrenheit 88.

Rata-rata berpendapat lukisan tidak boleh digantung sedemikian rupa. Ia perlulah mudah dilihat agar pengunjung boleh melihat setiap perincian karya.

Bukan itu sahaja, ia juga tidak selamat sekiranya lukisan itu terjatuh dan mengenai pengunjung yang hadir. Beberapa pelukis telah menarik balik karya mereka daripada pameran itu. 

 

Plagiat

Industri kemudian dikejutkan dengan isu plagiat yang apabila seorang Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan 2020, Mohamad Asri Mat Husin dikatakan merompak karya sajak penyair luar negara untuk terbitan majalah Dewan Sastera.

Bukan itu sahaja, ternyata sebelum ini dia juga didakwa mencuri esei yang sebelum ini pernah ditulis oleh penyair Lutfi Ishak. Ia isu yang hangat diperkatakan terutamanya dalam kalangan penggiat industri buku dan penulisan.

Sehingga hari ini, belum ada apa-apa kenyataan permohonan maaf daripada Asri. 

Semoga tahun mendatang kita tidak lagi berhadapan dengan situasi yang mencengkam seperti tahun ini. Tahniah dan terima kasih kepada penggiat seni dan budaya kerana bertahan tahun ini. Kalian membanggakan. - Getaran, 30 Disember 2021

Gambar : Poster (Twitter), KLPAC (Facebook KLPAC)

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Senarai Video Muzik Indie Menarik Tahun 2021

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Kejayaan Manis Yang Dilakar Industri Kreatif Hiburan

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Soroton Getaran 2021 : Senarai Kontroversi Selebriti Sepanjang 2021

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Destinasi Percutian Viral Sepanjang 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN