Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Destinasi Percutian Viral Sepanjang 2021

Beberapa destinasi tempatan menjadi tumpuan ramai gara-gara ditayang-tayang oleh pempengaruh dan selebriti di akaun media sosial masing-masing tahun ini. Di sini Getaran senaraikan destinasi viral sepanjang 2021.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 5:58PM

Pelancongan Negeri Pulau Pinang / Rahayu Mat Nah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir 10 bulan tidak mampu merentasi sempadan negeri, rakyat Malaysia akhirnya dapat menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober lalu.

Lebih menggembirakan, aktiviti sosial termasuk pelancongan juga dibenarkan beroperasi.

Selain balik kampung, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan teman-teman ke destinasi pilihan. Maklumlah, sudah terlalu lama terperap di rumah.

Mahu jalan-jalan cari makan, mahu lari dari hutan batu, mahu sembunyi ke pulau, mahu berdamai dengan alam dan banyak lagilah alasan yang tercipta.

Jadi, bermula Oktober, media sosial sana-sini dibanjiri dengan kandungan percutian. Hotel-hotel kalau dulu harganya sangat ‘menjemput’ tetamu datang bertamu, tiba-tiba harganya melambung tinggi.

Maklumlah permintaannya bukan sedikit. Namun, itu bukan penghalang untuk setiap daripada kita untuk merancang percutian idaman. 

Beberapa destinasi menjadi tumpuan ramai gara-gara ditayang-tayang oleh pempengaruh dan golongan selebriti di akaun media sosial masing-masing.

Di sini Getaran senaraikan destinasi viral sepanjang 2021.

 

1) Langkawi, Kedah

Gambar : Rahayu Mat Nah
Gambar : Rahayu Mat Nah

Destinasi ini mula dikunjungi orang luar apabila gelembung pelancongan diperkenalkan bermula 16 September 2021. Pelakon popular Nora Danish dan keluarga antara yang awal menjejakkan kaki di Pulau Mahsuri itu.

Langkawi yang sunyi sepi kembali meriah sedikit demi sedikit. Hotel-hotel bertaraf lima bintang yang terletak di Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak mendapat tempahan 50 peratus daripada kapasiti hanya dalam masa beberapa hari.

Pulau Intan Kecil, Langkawi
Pulau Intan Kecil, Langkawi

Dalam keghairahan pengusaha pelancongan mempromosikan perniagaan mereka, berlaku jua insiden yang tidak sedap didengar.

Tiba-tiba ikan siakap menjadi bualan ramai gara-gara harga yang tidak masuk akal dikenakan kepada sekumpulan pelanggan.

Satu demi satu cerita siakap dikongsi sehinggalah pihak berwajib masuk campur. Namun, sehingga penghujung tahun ini, Langkawi masih menjadi buruan ramai.

 

2) Pulau Pinang

Gambar : Pelancongan Negeri Pulau Pinang
Gambar : Pelancongan Negeri Pulau Pinang

Destinasi percutian yang tidak pernah sunyi daripada kebanjiran pelancong sebelum pandemik bermula. Pulau Pinang adalah syurga makanan. Nasi kandar, pasembor, mi sotong, asam laksa, char kuetiau, cendol antara menu yang tidak boleh dilepaskan.

Sebab itulah, apabila rentas negeri dibenarkan, ramai yang sudah tidak sabar-sabar untuk ke sini.

Nasi Padang Jalan Transfer. Gambar : Rahayu Mat Nah
Nasi Padang Jalan Transfer. Gambar : Rahayu Mat Nah

Hameed Pata Special Mee Sotong, Roti Canai Jalan Transfer, Deen Maju Nasi Kandar, Nasi Padang Minang Transfer Road, Restoran Hameediyah dan Astaka Taman Tun Sardon antara lokasi selera yang sudah lama dirindui.

Kampung Agong, Penang. Gambar : Pelancongan Negeri Pulau Pinang
Kampung Agong, Penang. Gambar : Pelancongan Negeri Pulau Pinang

Selain makanan, ramai juga yang mahu bermalas-malasan di pantai Feringhi, menghirup udara segar di puncak Bukit Bendera dan tidak kurang juga yang mahu mengintai keindahan Kampung Agong yang sohor dengan sarang burung gergasi dan buaian gergasinya.

 

3) Pulau Perhentian, Terengganu

Gambar : Rahayu Mat Nah
Gambar : Rahayu Mat Nah

Panggilan Pulau Perhentian tidak kurang hebatnya. Pulau paling popular di Terengganu, Perhentian menjadi pilihan ramai selepas Langkawi.

Maklumlah pulau ini terkenal dengan keindahan pantainya yang putih bersih serta laut yang membiru. Malah, hidupan marin dan terumbu karangnya yang berwarna-warni turut menjadi bualan pencinta selam skuba. 

Pemandangan Pulau Perhentian dari kawasan kincir angin. Gambar : Rahayu Mat Nah
Pemandangan Pulau Perhentian dari kawasan kincir angin. Gambar : Rahayu Mat Nah

Kebiasaannya pada bulan Oktober, pulau ini tidak lagi sudi menerima kedatangan pelancong, tapi tahun ini lain ceritanya. Resort dan chalet masih mengalu-alukan kunjungan tetamu yang sarat menanggung rindu.

Tourism Terengganu turut mengumumkan Pulau Perhentian dibuka sehingga ke awal November. Tengkujuh bukan lagi penghalang untuk rakyat Malaysia berlibur di sini.

Mujurlah cuaca ‘bersahabat’ seketika sebelum membadai pantai-pantai popular di sana seperti Long Beach, Coral Bay, Pantai Teluk Dalam dan Teluk Pauh.

 

4) Genting Highland, Pahang

Gambar : Instagram @ gentingskyworlds
Gambar : Instagram @ gentingskyworlds

Pusat peranginan tanah tinggi ini tidak terkecuali diintai ramai. Lebih-lebih lagi ketika perintah kawalan pergerakan dimansuhkan, taman tema dalaman (indoor theme park) telah dibuka kepada orang ramai.

Selain itu, ramai juga yang sudah lama menyimpan hasrat untuk berbelanja di Genting Premium Outlet. 

Hujung minggu pertama rentas negeri dibenarkan, laluan ke puncak bukit itu sesak dengan kenderaan sehingga tidak mampu bergerak ke mana-mana selama beberapa jam.

Ketika itu, muncul banyak video yang meminta orang supaya tidak memulakan perjalanan ke Genting Highland. 

Kini, kemeriahan di kota keriangan itu semakin hebat apabila taman tema luarnya mula dibuka secara percuma sehingga 2 Januari hadapan.

Tambah menarik, ada salji yang membasahi bumi sempena sambutan Krismas dan tahun baru 2022. Ramai yang ambil kesempatan bercuti ke sana sempena cuti sekolah kali ini.

 

5) Cameron Highland, Pahang

Gambar : Instagram @ch_flora_park
Gambar : Instagram @ch_flora_park

Satu lagi destinasi percutian tanah tinggi yang popular sepanjang zaman. Insiden tanah runtuh, banjir kilat tidak pernah menjadi faktor penghalang.

Pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang sentiasa menggamit kedatangan pelancong. Menghirup secawan teh panas bersama skon jem strawberi adalah nikmat yang indah untuk dikecapi. 

Cameron Highland Flora Park merupakan tarikan terbaharu yang banyak dikongsi di media sosial. Tarikan yang ‘insta-worthy’ ini dipenuhi dengan lautan bunga-bungaan yang memikat pandangan mata.

Ramai yang berpendapat berada di sini, bagaikan berada di Eropah. 

Gambar : Instagram @ch_flora_park
Gambar : Instagram @ch_flora_park

Selain boleh bergambar sepuas hati, pengunjung juga boleh berpiknik sambil menikmati pelbagai hidangan manisan menyelerakan. Terdapat tiga pakej piknik yang boleh dipilih dengan harga bermula daripada RM238 untuk dua orang. 

Satu lagi tarikan yang menjadi bualan ramai ialah Cameron Centrum yang terletak di pekan Brinchang. Pusat beli-belah ini menampilkan seni bina dan dekorasi Eropah yang menawarkan banyak sudut-sudut menarik untuk bergambar kenangan.

Tahun hadapan anda mahu bercuti ke mana pula? - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran