Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Soroton Getaran 2021 : Senarai Kontroversi Selebriti Sepanjang 2021

2021 menyaksikan pelbagai kontroversi yang melibatkan selebriti tempatan. Antara yang paling diperkatakan tentunya selebriti yang langgar SOP dan tolak vaksin COVID-19.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 2:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang tahun 2021, industri hiburan tempatan tidak lekang dengan pelbagai kontroversi yang melanda. Nama-nama seperti Neelofa, Rita Rudani, Shuk Balas dan ramai lagi sentiasa menjadi tajuk akhbar media tempatan sepanjang tahun. 

Getaran senaraikan isu-isu kontroversi yang membabitkan selebriti tempatan sepanjang tahun 2021

 

Artis Langgar SOP

Antara isu yang hebat diperkatakan netizen tahun ini dan menjadi tajuk utama akhbar tempatan iaitu isu artis langgar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengawasi pandemic COVID-19.

Nama yang paling mendapat perhatian tentunya selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa serta suaminya PU Riz

Majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Mac 2021 mendapat perhatian ramai bukan sahaja kerana populariti pasangan ini, tetapi gambar yang tersebar di majlis itu menunjukkan tiada penjarakan fizikal yang berlaku sehingga pihak polis akhirnya menjalankan siasatan kes langgar SOP.

Tidak berakhir di majlis perkahwinan, Neelofa dan PU Riz sekali lagi dikatakan melanggar SOP merentas negeri ke Pulau Langkawi selepas majlis perkahwinan mereka.

Ibarat tiada berkesudahan, Neelofa dan PU Riz sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan merentas negeri sekali lagi ke Nilai, Negeri Sembilan untuk membeli karpet. 

Turut terpalit dengan kes langgar SOP iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Siti dikatakan telah menganjur sebuah majlis tahnik sempena kelahiran anak lelakinya pada bulan Mei lalu yang dihadiri oleh beberapa figura terkenal seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Kini hangat diperkatakan adalah kes langgar SOP majlis perkahwinan pasangan popular Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang berlangsung pada 15 Disember lalu selepas video mereka menari bertemakan Bollywood menjadi tular di media sosial. 

 

Artis Tolak Vaksin COVID-19

Tahun 2021 menyaksikan seluruh dunia mula menerima vaksin COVID-19 termasuklah Malaysia. Namun terdapat beberapa selebriti yang lantang bersuara menolak untuk menerima vaksin ini.

Antara yang paling mendapat perhatian ramai tentunya aktres popular, Rita Rudaini. Rita begitu lantang bersuara mengenai keengganannya menerima suntikan vaksin ini kerana tidak mahu menjadi 'bahan uji kaji'.

Disebabkan keengganannya menerima suntikan vaksin, nama Rita digugurkan dari membintangan sebuah drama 100 episod. Turut sama menolak suntikan vaksin ini ialah teman baik Rita iaitu aktres sensasi, Lana Nodin.

Lana menerima kecaman hebat dari netizen kerana keengganannya menerima suntikan vaksin COVID-19. Biarpun tidak mahu menerima suntikan vaksin, Lana sekeluarga selamat terbang ke negara kelahiran suaminya di Amerika Syarikat.

Seorang lagi artis yang enggan menerima vaksin ini ialah pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriati.

Anak lelakinya yang berusia 17 tahun turut menjadi bualan netizen selepas membuat laporan polis kerana tidak mahu menerima suntikan vaksin.

Antara selebriti lain yang menolak vaksin ialah Zul Yahya. 

 

Kes Curang Shuk Sahar

Tahun 2021 menyaksikan netizen sering kali disajikan dengan berita kecurangan pelawak terkenal iaitu Shuk Sahar. Shuk dikatakan masih tidak serik dan kerap kali berlaku curang di belakang isterinya.

Disebabkan kontroversi ini, nama Shuk telah digugurkan dari menjadi penyampai radio Hot FM dan menjadi antara selebriti yang paling dikecam netizen sepanjang tahun 2021. 

 

Nabila Razali Terkucil Di AJL

Gambar Fail
Gambar Fail

Kemunculan penyanyi sensasi, Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu 35 pada Februari 2021 mendapat perhatian ramai pihak. Membawakan lagu 'Peluang Kedua', ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat persembahannya.

Sayangnya Nabila 'terkucil' ketika menyanyikan lagu berkenaan sehingga namanya menjadi bualan sepanjang minggu. 

 

Janna Nick VS Netizen 

Gambar Fail
Gambar Fail

Nama Janna Nick dan kontroversi ibarat berpisah tiada. Dari awal tahun sehingga hujung 2021, ada sahaja cerita kontroversi mengenainya.

Awal tahun, Janna berdepan kecaman netizen apabila dikatakan mempersendakan artis K-pop. Kemudian dia bertelagah bersama pengguna Twitter.

Tak lama kemudian Janna mendedahkan dia mengalami masalah kemurungan, malah pernah mencuba untuk membunuh diri beberapa tahun yang lalu.

Di Instagram, Janna sering kali dikritik netizen kerana sering memuat naik foto seksi yang mencolok mata.

Pada November lalu, Janna Nick diangkat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 dengan jumlah undian tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 86 juta. 

 

Babak Rogol Fauzi Nawawi 

Gambar Fail
Gambar Fail

Aktor popular, Fauzi Nawawi dikecam hebat selepas video temubualnya di rancangan 'Rumah 107' mengenai babak rogol yang dilakonkan bersama aktres Raja Farah dalam filem Anak Halal menjadi tular.

Fauzi menceritakan setiap butiran babak rogol itu dan bagaimana dia berdepan dengan situasi untuk mengawal nafsunya ketika melakonkan babak itu bersama Raja Farah.

Disebabkan temu bual itu, Raja Farah tampil meluahkan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku kerana melibatkan maruahnya sebagai seorang wanita. 

 

Erra Fazira Kahwin Menteri

Gambar Fail
Gambar Fail

Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba nama primadona negara iaitu Erra Fazira dikatakan telah bernikah dengan Menteri Belia Dan Sukan iaitu Ahmad Faizal Azumu pada Oktober lalu.

Gosip perkahwinan ini menjadi tular selepas seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa mereka berdua telah menikah. Namun Erra menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita itu. 

 

Siti Nordiana Saman Lima Rakan 

Gambar Fail
Gambar Fail

Penyanyi popular, Siti Nordiana telah memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan selebriti iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.

Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lalu kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila (isteri Lan Solo) dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya, beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

 

Caprice VS Ebit Lew

Gambar Fail
Gambar Fail

Perbalahan di antara selebriti, Caprice dan dermawan Ebit Lew mendapat perhatian jutaan rakyat Malaysia apabila Caprice dikatakan tidak berpuas hati dengan Ebit Lew yang dapat memasuki Gaza tanpanya.

Kedua-duanya telah berangkat ke Mesir untuk misi bantuan kepada penduduk Gaza yang menjadi mangsa keganasan Israel. Namun hanya Ebit Lew yang dibenarkan memasuki bumi Gaza atas bantuan kerajaan.

Caprice yang tidak dapat ke sana mendakwa dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza mengenai cara dermawan itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

 

Kemelut Kumpulan Search

Gambar Fail
Gambar Fail

Penyanyi rock legenda tanah air, Amy membuat kejutan apabila mengumumkan secara rasmi keluar daripada kumpulan Search pada Mac 2020.

Amy membuat pengumuman itu ketika tampil bersiaran secara langsung dalam satu portal hiburan.

Menurut Amy pengunduran itu adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain untuk mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.

Namun pada bulan September 2021, Amy bergabung bersama Man Kidal, Hillary dan Nasir menubuhkan satu kumpulan yang baru. Walaupun mereka tidak menetapkan nama kumpulan itu, namun mereka memberi bayangan seolah-oleh mereka adalah Search.

Kepincangan yang berlaku ini sekali gus menjadikan peminat keliru kerana kini terdapat dua kumpulan yang membawa nama Search.

Menurut pemain gitar kumpulan Search iaitu Nordin atau Din, dia akan terus pakai nama Search kerana tidak pernah keluar dari kumpulan itu dan kekal menggunakan nama Search sampai bila-bila. - Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 17 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

2

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 12 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran