web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Tidak Yakin." Ini Senarai Selebriti Pertikai Vaksin

Rata-rata selebriti ini tidak menolak vaksin mentah-mentah. Cuma kata mereka, 'belum cukup yakin'.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 6:17PM

Gambar Hiasan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak virus COVID-19 mengorbankan jutaan mangsa, vaksin adalah ikhtiar terakhir yang boleh ambil bagi mencegah virus ini. Sebelum itu kita sudah sering diingatkan untuk menjaga jarak sosial, membasuh tangan dan memakai pelitup muka. 

Walaupun lambakan jurnal kajian, berita serta perbincangan mengenai kebaikan vaksin sudah dibualkan dan disiarkan namun tidak kurang juga ada yang memberikan pendapat berbeza.

Hal ini mungkin disebabkan oleh penyebaran maklumat yang salah oleh golongan yang meragui seterusnya menolak vaksin. 

Antara propaganda yang selalu dihujahkan ialah vaksin mengandungi babi, menyebabkan darah beku, serta bahan yang digunakan dibuat daripada janin manusia yang digugurkan. Sudah tentu, ia tidak benar sama sekali.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan ramai yang sudah meninggal akibat vaksin. Kementerian Kesihatan Malaysia walau bagaimanapun mengatakan daripada 34 juta vaksin yang sudah diberikan di Malaysia, tidak ada seorang pun yang meninggal akibat vaksin.

Berikut adalah antara selebriti yang pernah mencipta kontroversi kerana mempertikai pengambilan vaksin.

 

Rita Rudaini

Pernah menjadi bualan hangat apabila pelakon Rita Rudaini berkongsi di Instagram Story miliknya mengatakan kekecewaan melihat umat Islam berpecah gara-gara kepercayaan terhadap vaksin. Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa tidak puas hati melihat warga emas yang dikatakan terpaksa mengambil vaksin

Menurut Rita, rakyat Malaysia perlulah menghormati pendirian sesiapa yang tidak mahu mengambil vaksin. Walaupun begitu, dia enggan dilabel sebagai antivaksin kerana katanya, dia cuma tidak mahu dicucuk vaksin sahaja.

“Kenapa nak paksa-paksa?” kata Rita menerusi hantarannya suatu masa dulu.

 

Lana Nodin

Tidak hanya Rita, Lana juga berkongsi pandangan yang sama. Ada banyak sebab yang menyebabkan nama Lana menjadi panas ketika itu. 

Pertama, Lana mengatakan kesedihan yang ditunjukkan pada wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sewaktu membuat pengumuman kemaskini angka jangkitan COVID di negara ini adalah satu lakonan. 

Kedua, dia mempertikaikan keberkesanan vaksin memandangkan jumlah kes tidak menurun. Namun begitu, Lana mengatakan dia bukan antivaksin tapi menunggu sehingga dia benar-benar yakin terhadap keberkesanan vaksin sebelum mengambilnya.

 

Ellie Suriaty

Semuanya terjadi setelah anak kepada Ellie Suriaty iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen membuat laporan polis untuk menolak vaksin. Mereka belum yakin dengan vaksin yang dikatakan baru di fasa ujian klinikal.

Ellie mengesahkan remaja yang ke Balai Polis tersebut ialah anaknya sebelum membuat pengakuan mereka sekeluarga tidak mengambil vaksin. Mereka mengamalkan makanan sunah dan rawatan homeopati untuk membendung diri daripada virus pandemik.

Ellie menolak dikatakan sebagai antivaksin, cuma dia tidak sepenuhnya yakin dengan vaksin ini.

 

Oktovia Manrose

Belum ada maklumat mengatakan pelakon ini mengambil vaksin atau tidak. Namun komen yang ditinggalkannya di laman Instagram sebuah portal hiburan menjadi tanda tanya. Oktovia meminta rakyat Malaysia untuk menghormati hak individu yang tidak mahu mengambil vaksin. Dia tidak mahu isu vaksin membuatkan masyarakat bertelagah.

“Vaksin bukan penentu kita sihat, Allah yang bagi selamat dan yakinlah kepada Allah.  Vaksin atau tak, SOP tetap kena jaga.” tulisnya dalam komen berkenaan. Dia juga sempat membuat pengakuan disahkan menghidap COVID-19 daripada seorang kawan yang sudah divaksin. 

 

Zul Yahya

Setelah melihat kepada laman sosial bekas pelawak ini, dia seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa vaksin adalah sesuatu yang bahaya.

Menerusi laman sosial miliknya, Zul turut mempersoalkan kenapa COVID dianggap sebagai darurat sedangkan sebelum ini ada juga penyakit yang mematikan seperti denggi atau kanser. Dia juga menegaskan tidak ada paksaan dalam pengambilan vaksin. 

Memang benar, pengambilan vaksin adalah terpulang kepada hak individu masing-masing. Tapi kita memerlukan kerjasama semua untuk mencapai imuniti kelompok yang memerlukan 80 peratus penduduk divaksin agar kita semua boleh mengawal kadar keberjangkitan COVID dalam negara. - Getaran, 3 September 2021

Gambar: Instagram Rita Rudaini, Oktavia Manrose, Lana Nodin, Zul Yahya.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN