web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Lagu yang kini boleh didengar di semua platform digital itu digerakkan dengan susunan yang minimum dan berfokus pada mood.

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2026 6:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menginjak lapan tahun dalam industri muzik tanah air, penyanyi dan komposer hip hop Zynakal terus memperkukuh perjalanan seninya apabila tampil dengan karya lebih matang menerusi single terbaharu berjudul “NIAT".

Sony Music dalam kenyataan hari ini, berkata karya Zynakal, atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, dekat dengan realiti generasi muda masa kini, menyelami emosi pendengar melalui baris lirik yang ditulis sendiri penyanyi berusia 28 tahun itu.

Menurut Sony Music, "NIAT menjadi refleksi emosi dan pengalaman yang dekat dengan realiti ramai pendengar, khususnya berkaitan rasa takut mencintai, namun pada masa sama berharap untuk difahami.

"Lagu ini menggambarkan konflik dalaman seseorang yang takut untuk terlalu rapat kerana trauma dan pengalaman lalu, namun pada masa sama mula menyedari perasaan yang semakin sukar disembunyikan," menurut kenyataan itu.

Lagu yang kini boleh didengar di semua platform digital itu digerakkan dengan susunan yang minimum dan berfokus pada mood.

Nama Zynakal mula dikenali menerusi single "Terbang" pada 2018 sebelum fenomena "Sakit" berduet dengan Yonnyboii meletakkan namanya sebagai antara artis muda paling berpengaruh dalam muzik arus perdana tempatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Hampir 3 Dekad Ditembak Mati, Baru Kini Perbicaraan Kes Bunuh Tupac Shakur Bermula

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aktres ‘Heroes’, Hayden Panettiere Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Video Khas Anak Felda: Impian Ucop Berganding Dengan Wan Maimunah Tercapai

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera