web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ellie Suriaty Nafi Pengaruh Anak Tolak Vaksin!

Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar memberitahu bahawa penolakan vaksin kedua-dua anaknya iaitu Azrell dan Azreen dilakukan atas kehendak mereka sendiri.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 4:18PM

Gambar: Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia telah mempengaruhi pemikiran kedua-dua anaknya, Azrell Omar Iskandar bin Azri Iskandar, 17 dan Nur Azreen Omar Iskandar binti Azri Iskandar, 12, untuk menolak pengambilan vaksin.

Sebaliknya, ia dilakukan atas kehendak mereka sendiri. 

Ketika dihubungi Getaran, Ellie Suriaty berkata, dia sudah tidak mampu untuk mempengaruhi lagi keputusan anak-anaknya kerana mereka sudah berada di alam remaja dan mempunyai pemikiran serta pendirian mereka sendiri mengenai hal-hal yang melibatkan tentang diri mereka.

Azrell Omar Iskandar bin Azri Iskandar, 17, Nur Azreen Omar Iskandar binti Azri Iskandar, 12 dan Hanif Haikal Jeffery, 17
Azrell Omar Iskandar bin Azri Iskandar, 17, Nur Azreen Omar Iskandar binti Azri Iskandar, 12 dan Hanif Haikal Jeffery, 17

“Waktu mereka masih kecil, mungkin saya boleh berbuat demikian serta dapat mempengaruhi mereka supaya mengikut arahan dan telunjuk saya sebagai ibu mereka. Tapi, bila mereka sudah berada di alam remaja, keadaan sangat berbeza. 

“Saya sendiri pernah berdepan dengan beberapa insiden dengan mereka, bila mana mereka rasa saya seolah-olah sentiasa menjadi penghalang untuk mereka berbuat sesuatu.

“Walhal, sebagai orang tua, kita lebih dahulu makan garam dan setiasa berfikir panjang terhadap sesuatu tindakan yang ingin dilakukan,” katanya. 

Dalam kes ini penolakan vaksin ini, Ellie Suriaty berkata, anaknya yang sulung iaitu Azrell dan adiknya Azreen sendiri telah bersungguh-sungguh memberitahunya bahawa mereka benar-benar tidak mahu mengambil vaksin. 

“Malah, Azrell juga yang meminta saya untuk membawanya ke balai polis kerana dia mahu buat laporan. 

“Sebagai ibu, saya harus menemani mereka ke sana. Lagipun, mereka adalah anak-anak remaja yang masih lagi di bawah usia dan perlu ditemani penjaga mereka. Sebagai ibu, takkanlah saya nak biarkan mereka begitu sahaja,” katanya. 

Memandangkan ini adalah isu tentang hak asasi terhadap kebebasan perubatan (medical freedom), Ellie mengakui bahawa dia menyokong tindakan yang dibuat anak-anaknya itu. 

“Kenapa anak-anak muda yang berusia seperti mereka diwajibkan mengambil vaksin? Sedangkan sistem imuniti mereka sangat kuat. 

“Kalau suatu berlaku ke atas mereka akibat pengambil vaksin ini, mereka yang harus menanggung risikonya. 

“Kerajaan terdahulu pernah memberitahu bahawa anak-anak tidak perlu mengambil vaksin. Malah, mereka yang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan kencing manis juga dikecualikan mengambil vaksin. 

“Tetapi, kenapa sekarang ini, mereka perlu ambil pula? Di mana logiknya?” soal Ellie.

Jelas Ellie Suriaty lagi, anak-anak juga mengalami trauma setelah sepupu kepada kawan baik mereka yang berusia 18 tahun, meninggal dunia sebaik sahaja lengkap mengambil dua dos vaksin. 

“Sebaik saja perkara itu terjadi, Azrell desak saya untuk bawa dia ke balai polis sejak dua minggu lepas. Dia mahu buat laporan polis itu dengan segera sebelum sekolah dibuka. 

“Memang sekolah ada mengeluarkan borang setuju atau tak setuju untuk divaksin dan memang kita dah tulis tak bersetuju. 

“Tapi, pada waktu yang sama kita kena buat laporan polis sebab bimbang kalau-kalau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba-tiba datang ke sekolah dan mewajibkan pelajar-pelajar mengambil vaksin. 

“Membuat laporan polis ini sangat penting untuk kita melindungi diri kita atas nama undang-undang. Untuk kefahaman perundangan, ia adalah satu keperluan,” katanya.  

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Azrell Omar Iskandar bin Azri Iskandar
Salinan laporan polis yang dibuat oleh Azrell Omar Iskandar bin Azri Iskandar

Ellie Suriaty juga memberitahu bahawa dia turut menjelaskan kepada anak-anaknya terhadap kesan yang bakal diterima terhadap tindakan mereka membuat laporan polis tersebut. 

“Saya sudah bagitau mereka awal-awal bahawa mereka akan menerima pelbagai kecaman terutama sekali Azrell. 

“Dia menyedari akan tersebut dan memang sudah dijangka pelbagai kecaman yang diterima sebaik sahaja laporan polis itu dibuat. Namun, tidak kurang juga yang menyokong.

“Tentang liputan dan pendedahan kepada pihak media pula, ia dilakukan bukan sebab kita mahukan berita ini jadi viral atau mahukan populariti.

“Kalau mahu viral, lebih baik kami guna platform sosial media kami sendiri dan dengan latar belakang dari industri kreatif, kita tak perlu lagi cari publisiti. 

“Namun, pendedahan kepada pihak media perlu dibuat supaya suara dan kebebasan memilih generasi muda ini didengar,” katanya. 

“Kita bukan cuba untuk membangkang kerajaan tetapi ini adalah tentang hak kebebasan bersuara sepenuhnya terhadap anggota badan mereka sendiri. 

“Andai kata kerajaan meletakkan mandatori untuk pengambilan vaksin, ia adalah sesuatu yang tidak patut. Ia tidak mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokrasi. 

“Kita juga berharap tiada diskriminasi terhadap Azrell untuk  menduduki SPM tahun dan Azreen yang akan menaiki tingkatan satu. Apapun, saya bangga dengan tindakan anak-anak saya, terutama Azrell,” katanya. 

Isu tentang penolakan vaksin anak-anak Ellie Suriaty ini mula mendapat perhatian apabila Azrell, Azren dan seorang lagi rakan mereka Hanif Haikal Jeffery, 17, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada petang 30 Ogos lalu. 

Laporan itu dibuat sebagai menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN