web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 2:33PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Tanpa mengikuti sebarang kursus atau latihan formal, seorang anak Kampung Chap di sini berjaya mengubah minat memelihara ikan hiasan sejak kecil menjadi sumber pendapatan apabila menguasai teknik pembiakan ikan angelfish air tawar menerusi pembelajaran di media sosial.

Wan Mohd Hazran Wan Rohim, 35, atau lebih mesra dikenali sebagai Chu berkata, minat terhadap ikan hiasan yang bermula sejak usia remaja mendorongnya mengembangkan hobi itu kepada aktiviti pembiakan ikan angelfish secara lebih serius selepas melihat potensinya untuk dikomersialkan.

Beliau berkata segala pengetahuan berkaitan pembiakan, penjagaan dan pemilihan baka ikan angelfish diperoleh melalui video, forum serta komuniti dalam talian yang diikutinya selama kira-kira enam bulan.

"Pada awalnya, ikan hiasan hanyalah hobi saya ketika masih kanak-kanak. Namun minat itu terus kekal sehingga mendorong saya mendalami ilmu pembiakan dan penjagaannya kerana saya melihat bidang ini mempunyai potensi untuk dikembangkan.

"Tanpa mengikuti kursus atau latihan formal, saya mempelajari teknik pembiakan, penjagaan dan pemilihan baka ikan angelfish menerusi media sosial serta komuniti dalam talian dalam tempoh kira-kira enam bulan," katanya kepada Bernama.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata beliau memulakan perusahaan berkenaan dua tahun lalu dengan modal kira-kira RM60,000, namun berdepan pelbagai cabaran termasuk kadar kematian anak ikan yang tinggi, masalah kecacatan serta kesukaran menghasilkan baka berkualiti.

Bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus menimba ilmu melalui pelbagai platform media sosial sehingga berjaya memahami teknik pembiakan yang sesuai serta menghasilkan pelbagai varieti ikan angelfish dengan corak dan warna unik.

Menurutnya proses pembiakan ikan angelfish memerlukan penelitian tinggi, termasuk mengenal pasti tahap kematangan ikan, memeriksa organ pembiakan serta memilih pasangan induk yang sesuai bagi memastikan kadar pembiakan optimum.

Hasil pengalaman dan kemahiran yang diperoleh, beliau kini mampu menghasilkan tujuh varieti ikan angelfish iaitu Smokey, Chocolate, Tricolour, Silver Zebra, White Platinum, Light Blue Pinoy dan Marble dalam pelbagai saiz mengikut permintaan pelanggan.

"Biasanya dalam tempoh kira-kira dua bulan, ikan ini mula mendapat permintaan, manakala usia matang adalah sekitar enam bulan. Harga jualannya pula bergantung kepada saiz, iaitu antara RM3 hingga RM35 seekor," katanya.

Kini, Wan Mohd Hazran memiliki lebih 6,000 ekor ikan angelfish dan mampu menjual antara 400 hingga 500 ekor sebulan, sekali gus membolehkannya menjana pendapatan empat angka setiap bulan.

Selain ikan angelfish, beliau turut menternak GloFish yang mempunyai lapan warna berbeza iaitu hijau, merah, biru, oren, kuning, putih, ungu dan merah jambu bagi memenuhi permintaan penggemar ikan hiasan.

Menurutnya GloFish mempunyai daya tarikan tersendiri menerusi warna pendarfluor yang lebih menyerlah dan mudah dipelihara, manakala ikan angelfish menawarkan nilai pembiakan serta kepelbagaian varieti yang lebih tinggi.

"Setakat ini, saya mampu menjual antara 1,300 hingga 2,500 ekor GloFish sebulan bergantung kepada stok dan permintaan semasa," katanya yang turut mengusahakan sebuah kedai ikan hiasan di Bachok.

Beliau berkata media sosial bukan sahaja menjadi sumber utama pembelajaran, malah berfungsi sebagai platform pemasaran yang membolehkannya memperluaskan jualan kepada pelanggan di seluruh negara.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai golongan muda memanfaatkan media sosial secara positif untuk meneroka bidang akuakultur kerana sektor berkenaan mempunyai potensi besar dalam menjana pendapatan secara berterusan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad