web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

Zahirah berkongsi berita gembira ini di akaun Instagramnya pada Isnin

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 8:14PM

Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bersama anak mereka Isaac Raees dan Inara Raisa. – Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan selebriti popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini sedang meraikan kehadiran ahli terbaharu dalam keluarga kecil mereka setelah Zahirah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat minggu lalu.

Zahirah dalam satu hantaran di akaun media sosialnya memaklumkan dia selamat melahirkan puteri atau anak keduanya pada jam 8.58 malam sambil mengucapkan syukur.

“Alhamdullilah, kami kini empat sekeluarga. Selamat datang ke dunia puteri kami, Inara Raisa, lahir Jumaat 31 Mei 2024, jam 8.58 malam.

“Terima kasih semua untuk semua doa dan ucapan hangat anda, kami berasa cukup diberkati. Semoga Allah SWT melindungi dan melimpahkan rahmatnya buat Inara tersayang,” tulis Zahirah. 

Hantaran itu juga memperlihatkan dia tersenyum bahagia di samping Aiman serta anak sulung mereka, Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun. 

Zahirah sekeluarga ketika majlis ‘gender reveal’.
Zahirah sekeluarga ketika majlis ‘gender reveal’.

Ketika menimang cahaya mata pertama dulu, pasangan ini sebulat suara tidak berkongsi wajah anak mereka di mana-mana platform media sosial, dan hanya mendedahkannya ketika Isaac berusia dua bulan.

Namun, kali ini mereka mengambil pendekatan berbeza. Baik Isaac mahupun Inara, masing-masing dilahirkan di Perth, Australia.

Zahirah dan Aiman melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari 2020 di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara. Pasangan ini dinikahkan oleh  bapa kandung Zahirah, Zainol Macwilson. - Getaran, 4 Jun 2024

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad