web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 2:23PM

Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Mohd Jamil Md Idross, 78, ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan di Jalan Tandop dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan hari ini berkata mayat mangsa ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Setar pada 8.10 pagi tadi, kira-kira 50 meter dari lokasi dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Terdahulu, ahli keluarga memaklumkan kali terakhir melihat arwah kira-kira 11.30 malam semalam, dan sekitar 5 pagi tadi, mereka menyedari arwah tiada di rumah sebelum menemukan seliparnya berhampiran sungai dan mengesyaki warga emas itu terjatuh.

Syed Basri berkata laporan polis dibuat pada 7.18 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Siasatan awal mendapati mangsa baharu keluar dari hospital kira-kira sebulan lepas dan mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk diabetes serta tekanan darah tinggi. Allahyarham juga pernah menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru," katanya.

Syed Basri berkata mangsa tinggal bersama isteri dan dua anak perempuannya berusia 29 serta 27 tahun dan keluarga memaklumkan mangsa tidak mempunyai sejarah kemurungan atau masalah psikiatri.

Beliau berkata polis turut mendapati rutin harian mangsa adalah mengalihkan kenderaan miliknya dari dalam kawasan rumah ke bahagian luar rumah yang terletak berhampiran sungai.

"Sebuah Perodua Kancil berwarna putih dipercayai telah dialihkan oleh mangsa sebelum kejadian dan ditemukan berhampiran lokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kejadian.

Allahyarham Mohd Jamil adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor mewakili UMNO dan pernah berkhidmat bagi penggal 1995 hingga 1999 serta 2004 hingga 2008.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah ke-14 dan memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad