web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kini Saya Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan'- Nabila Razali

Insiden malam AJL banyak mematangkan Nabila dan menguatkan lagi langkah penyanyi itu untuk bertahan di dalam industri.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 11:13AM

Gambar: Ihsan TV3

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Insiden nyanyian ‘terkucil’ Nabila Razali di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu yang lalu tidak pernah mematahkan semangat gadis itu untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya. 

Menurut Nabila atau lebih mesra dipanggil Bella, segala persiapan sudah pun dilakukan untuk memastikan kelancaran persembahan pada malam berkenaan.

Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi pelantun lagu 'Peluang Kedua' itu apabila persembahannya tidak berjalan seperti yang dirancang di samping mengakui bahawa dia sedikit gugup. 

"Saya sudah lakukan persediaan, namun segala yang terjadi adalah di luar daripada kuasa saya. Walaupun begitu, peristiwa itu tidak akan membuatkan saya berhenti bernyanyi kerana nyanyian ialah minat saya.

"Mungkin selepas ini saya akan mencari lagu yang lebih sesuai dengan kemampuan vokal saya," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk BigMouth x Nabila Razali semalam. 

Gambar: Wafa Awla
Gambar: Wafa Awla

Bercakap tentang kritikan dan tohmahan yang diterima, Bela mengaku tersinggung dengan beberapa komen yang diberikan oleh beberapa rakan artis memandangkan mereka semua mencari makan dalam bidang yang sama. 

“Saya tak sangka orang berbual benda negatif sedangkan kita mencari makan dalam bidang yang sama.

“Tapi bila insiden seperti ini berlaku, saya tahu siapa lawan dan siapa kawan. Apa yang saya boleh pesan, jangan tambah minyak pada api yang sedang marak sebab kita sama-sama cari rezeki dalam industri. 

"Sedikit semangat sudah mencukupi berbanding menjatuhkan semangat orang lain,” ujarnya. 

Terdahulu, Nabila menerima sokongan dan kata semangat daripada rakan artis seperti Mira Filzah, Hael Husaini dan Wany Hasrita walaupun dikecam hebat berikutan insiden 'terkucil' di pentas berprestij AJL. - Getaran, 25 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...