web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Video & Galeri Dikemaskini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 1:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya bergantung kepada bekalan air, termasuk dari periuk kera adalah cara Jaslinda Saludin, 49, bertanan selepas tersesat selama 14 hari ketika mendaki Gunung Batu Putih di Perak.

Berkongsi pengalaman getir itu kepada wartawan, beliau menempuh cabaran fizikal dan mental yang amat berat sepanjang berada bersendirian di dalam hutan, termasuk terjatuh berkali-kali, keletihan melampau dan kehilangan arah ketika berusaha mencari jalan keluar dari kawasan hutan tebal.

“Saya tiada makanan, saya tidak makan selama dua minggu. Saya hanya minum air… air keruh, air berwarna coklat dan air daripada periuk kera. Jadi, marilah kita semua bersyukur kerana masih hidup,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam rakaman video lain yang tular di internet, Jaslinda turut menceritakan bagaimana beliau terjatuh beberapa ketika cuba meredah laluan sukar, malah berulang kali berpusing di kawasan yang sama tanpa disedari, sebelum akhirnya memilih untuk bergerak ke kawasan lebih tinggi.

“Sepanjang perjalanan itu, saya banyak kali terjatuh. Saya asyik berpusing-pusing di tempat yang sama dan kembali ke kawasan yang sama.

“Jadi, saya menukar haluan ke sebelah kanan dan dari situlah saya menemui bukit. Terdapat dua bukit di situ, namun sebelum itu saya sudah pun mendaki gunung,” katanya.

Beliau turut menggambarkan detik-detik mencemaskan sepanjang tempoh tersebut apabila sering merasakan dirinya hampir maut akibat keletihan dan keadaan muka bumi yang mencabar.

“Saya rasa seperti hendak mati kerana tanah di situ sangat lembut dan saya perlu turun naik berkali-kali. Ada sumber air di situ, jadi saya minum air tersebut.

“Terdapat satu tempat seperti gua. Saya masuk ke dalamnya, seolah-olah ada sesuatu yang membimbing saya untuk masuk,” katanya lagi.

Jaslinda akhirnya ditemui berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah, kira-kira jam 5 petang oleh seorang penduduk Orang Asli, Nazri a/l Bah Eng, 55, yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke sungai bersama ahli keluarganya.

Menurut Nazri, mereka secara kebetulan menemui Jaslinda dalam keadaan lemah dan menangis.

“Kami kebetulan hendak pergi memancing di sungai apabila salah seorang daripada kami menemui Jaslinda dalam keadaan sangat lemah dan menangis. Dia juga membawa satu beg plastik berisi cendawan.

“Saya terus membawanya ke rumah Tok Batin dan kami memberikan makanan serta minuman kerana dia kelihatan terlalu letih,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah.

Nazri berkata beliau segera memaklumkan kepada jawatankuasa kampung dan pihak berkuasa selepas memastikan wanita itu berada dalam keadaan selamat, sekali gus membolehkan pasukan mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi berkenaan.

Jaslinda kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut laporan, beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan pendakian terdiri daripada 13 peserta dan diiringi dua malim gunung daripada Jabatan Perhutanan yang menyertai ekspedisi melalui laluan Trans Spencer Chapman.

Ekspedisi tersebut bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan Kuala Woh.

Beliau bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika ekspedisi berlangsung dan berhenti seketika. 

Bagaimanapun, Jaslinda dipercayai meneruskan perjalanan secara bersendirian menuju ke puncak sebelum kali terakhir dilihat kira-kira jam 7.30 pagi 24 Mei lalu.

Kehilangannya mencetuskan operasi mencari dan menyelamat berskala besar apabila pihak berkuasa meredah kawasan hutan tebal selama hampir dua minggu sebelum beliau akhirnya ditemui.

Kisah luar biasa Jaslinda sejak itu mendapat perhatian ramai, dengan beliau kini sedang menjalani proses pemulihan di rumah Tok Batin di Kampung Lubuk Gaharu, seperti disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Sayani Saidon. 

Rakaman video Jaslinda yang dikongsi Bernama boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/v/18dEGsUpu7/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 7 Jun 2026

Sorotan

1

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

5

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

6

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 19 jam yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 1 hari yang lalu

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

oleh Sophia Ahmad