web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia buat peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu Dewa 19

Muzik Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 10:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sorakan gemuruh, nyanyian beramai-ramai dan lautan cahaya lampu telefon bimbit memenuhi Unifi Arena, Bukit Jalil di sini malam tadi apabila ribuan peminat menghidupkan suasana sepanjang konsert "Dewa 19-Cintaku Tertinggal di Malaysia".

Lebih mengujakan, hampir setiap lagu yang dipersembahkan dinyanyikan bersama oleh penonton, membuktikan karya kumpulan rock legenda Indonesia itu terus dekat di hati peminat meskipun selepas lebih tiga dekad mewarnai industri muzik Nusantara.

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia buat peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu Dewa 19.

Tirai konsert dibuka dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan rock popular Indonesia Padi Reborn menerusi lagu-lagu hits seperti Menanti Sebuah Jawaban, Patah dan Hitam yang disambut meriah oleh penonton.

Suasana semakin memuncak apabila sorakan bergema di seluruh arena menjelang kemunculan Dewa 19 kira-kira 9.50 malam, menandakan detik yang paling dinantikan peminat.

Dewa 19 yang mempertaruhkan 24 lagu popular termasuk Dewi, Sedang Ingin Bercinta, Risalah Hati dan Roman Picisan memukau penonton menerusi gandingan Ahmad Dhani, Virzha, Ello, Alass dan Javier Parisi.

Virzha yang tampil berkemeja hitam sempat menyapa peminat sebaik sahaja mengambil alih pentas.

"Kuala Lumpur! Are you okay tonight?" katanya ringkas, namun cukup untuk mencetuskan sorakan bergema sebelum meneruskan persembahan dengan lagu Perempuan.

Konsert itu turut menampilkan anak sulung Ahmad Dhani Al Ghazali yang mengendalikan dram bagi beberapa lagu termasuk Larut dan Satu.

Sepanjang persembahan, penonton yang kebanyakannya mengenakan pakaian berwarna hitam dilihat tenggelam dalam emosi setiap lagu yang dipersembahkan, malah ada yang tidak dapat menahan keterujaan apabila lagu kegemaran mereka dinyanyikan.

Kemuncak malam penuh nostalgia itu turut diserikan dengan pemberian cenderamata dan barangan eksklusif kepada peminat bertuah yang dilemparkan dari atas pentas oleh para artis.

Kejayaan menghimpunkan ribuan peminat pelbagai peringkat usia membuktikan Dewa 19 masih mempunyai pengaruh besar dalam dunia muzik serantau, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara kumpulan rock paling berpengaruh di Nusantara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN