web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 9:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam serangan udara yang mengorbankan anggota tentera Lubnan di selatan negara itu, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan Lubnan dan resolusi penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi platform media sosial X, UNIFIL merakamkan ucapan takziah kepada Angkatan Tentera Lubnan serta keluarga anggota tentera yang dilaporkan terbunuh dalam serangan di kawasan Nabatieh awal hari itu.

"Serangan sedemikian di wilayah Lubnan merupakan pelanggaran serius terhadap kedaulatan, integriti wilayah Lubnan dan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas pihak berkuasa Lubnan memaklumkan bahawa satu serangan Israel mengenai sebuah kenderaan tentera di selatan Lubnan, mengorbankan dua pegawai dan seorang anggota tentera.

Presiden Lubnan Joseph Aoun mengecam serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan Lubnan dan undang-undang antarabangsa, manakala Perdana Menteri Nawaf Salam menyifatkannya sebagai jenayah terhadap Lubnan dan rakyatnya.

Tentera Israel mengakui menyasarkan kenderaan berkenaan dan memaklumkan bahawa insiden itu sedang disiasat.

Tentera Israel mendakwa kenderaan itu bergerak dalam keadaan mencurigakan berhampiran pasukannya di kawasan yang dikesan mempunyai aktiviti Hizbullah.

Serangan itu berlaku meskipun gencatan senjata yang rapuh mula berkuat kuasa pada April lalu, ketika usaha diplomatik diteruskan bagi mengelakkan ketegangan kembali memuncak di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang menamatkan perang pada 2006 antara Israel dan Hizbullah, menggesa supaya permusuhan dihentikan serta kedaulatan Lubnan dihormati. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

2

Luar Negara 2 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad