web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Menerusi temubual bersama radio Suria FM, Datuk Red tidak malu untuk akui bahawa dia pernah menjadi 'scammer' satu masa dahulu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 2:47PM

Datuk Red (tengah) bersama Dr Samhan (kiri) dan Dr Azizan (kanan)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnenan Abu, 46, akui pernah menjadi scammer dan kini sedang dalam usaha untuk melangsaikan hutangnya yang bernilai RM7 juta. 

Menerusi temubual yang dilakukan bersama radio Suria FM, Datuk Red mengakui kekhilafannya serta turut mengaku bahawa dia merupakan seorang scammer.

"Saya akui saya memang banyak hutang dengan orang. Biarlah orang nak cakap saya ni kaki scammer. Hari ini saya mengaku saya scammer. Tak ada masalah. 

"Dulu saya leka dan sibuk mencari duniawi. Sehinggalah satu hari duit saya habis," katanya dalam temubual itu. 

Datuk Red juga turut diundang untuk membuat sesi live bersama ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini di Tik Tok. Mereka telah berjaya membuat jualan sebanyak RM100,000 sewaktu sesi live tersebut. 

Kisah Datuk Red mendapat perhatian ramai sehingga banyak jenama yang ingin bekerjasama dengannya termasuklah Jakel dan Pak Mat Western. 

Terbaru Datuk Red telah dilantik menjadi duta dan rakan kongsi produk HIM Coffee hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr Samhan.

Mengulas lanjut, Datuk Red berkata, keutamaan buat dirinya pada ketika ini adalah untuk menyelesaikan segala hutangnya menerusi perniagaan yang bakal dijalankan.

“Niat saya memang untuk menyelesaikan hutang. Memang saya minta doa dengan Allah macam itu. Saya tidak mahu bermewah-mewah dengan kereta mewah, melancong atau kahwin lain,” jelasnya.

Menerusi kerjasama bersama HIM Coffee sebagai duta, Datuk Red turut akan dibimbing oleh mentor usahawan terkenal Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Saya berterima kasih kepada Dr. Azizan atas kesediaan beliau untuk membimbing saya dan Dr. Samhan atas peluang untuk berkolaborasi dalam perniagaannya.

“Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya dengan tunjuk ajar Dr. Azizan untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan bersama Dr. Samhan,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Azizan berkata, pihaknya yakin hasil kerjasama Datuk Red dengan Dr. Samhan, yang juga seorang pempengaruh terkenal, mampu memberikan suntikan semangat untuk dia bangkit semula.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, Datuk Red dapat bangkit semula dan mencapai jualan pertamanya sebanyak RM1 juta dalam tempoh tiga bulan.

“Insya Allah, dengan izinnya dan sokongan daripada semua pihak, saya akan cuba membantu Datuk Red dengan bimbingan perniagaan agar beliau dapat menyelesaikan hutangnya dan keluar dari muflis dengan memulakan perniagaan baharu ini.

“Dengan sokongan padu daripada orang ramai dan komitmen Datuk Red, saya jangkakan beliau akan dapat keluar daripada kesilapan dan belenggu hutang sebanyak RM7 juta ini dalam tempoh tiga tahun.

"Saya akan memberi bimbingan dan strategi perniagaan sehingga hutang itu langsai sepenuhnya,” katanya. 

Dalam pada itu, Dr. Azizan berharap kejayaan Datuk Red ini akan memberikan inspirasi kepada ramai orang yang mungkin menghadapi cabaran yang sama, bahawa setiap orang mampu bangkit dari kegagalan atau cabaran terutamanya dalam bidang ekonomi. - Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang