web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Janna Nick Paling Popular, Pecah Rekod 86.3 Juta Undian

Selebriti popular, Janna Nick telah berjaya memecahkan rekod undian tertinggi ABPBH sebanyak 86.3 juta sekali gus menjadikannya Bintang Paling Popular di ABPBH34.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 9:12AM

Gambar: ABPBH ke-34

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti sensasi, Janna Nick telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung malam semalam dengan meraih jumlah undian sebanyak 86,374,777. 

Jumlah undian yang diraih Janna merupakan paling tinggi dalam sejarah penganjuran ABPBH.

Selain anugerah utama, Janna turut membawa pulang dua lagi trofi pada malam itu untuk kategori Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Sewaktu memberi ucapan ketika mengambil anugerah Bintang Paling Popular, Janna kelihatan bergitu beremosi.

“Saya tak tahu apa yang saya lakukan untuk layak mendapat anugerah ini. Terima kasih Janna Nicker (Kelab Peminat) kerana berada dengan saya sejak awal pembabitan karier sehinggalah saya hampir jatuh tersungkur pada awal tahun ini.

“Terima kasih menghadiahkan anugerah ini sebagai pemangkin semangat untuk saya teruskan kerjaya seni saya. 

“Kepada anda di luar sana, sekiranya anda rasa sedih, kecewa dan merasakan bahawa dunia ini tidak adil, ketahuilah jangan pernah putus asa kerana pasti ada sinar buat kita semua. Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah bukan Janna Nick,” katanya. 

Selain trofi, Janna turut membawa pulang sebuah telefon pintar dan kereta sebagai hadiah kemenangannya pada malam itu.

Ramai pemenang pada malam itu sudah boleh dijangka seperti Siti Nordiana, Haqiem Rusli, DJ Lin dan Siti Saleha kerana masing-masing mempunyai rekod cemerlang dalam karier seni mereka sepanjang tahun lalu, malah merupakan wajah yang kerap kali muncul di ABPBH.

Namun ada juga pemenang yang memberi kejutan seperti Dinie Rashid yang memenangi Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular menewaskan nama-nama popular yang lain seperti Meerqeen dan Nadhir Nasar.

Asif Suhaimi juga berjaya mencipta kejutan apabila telah menewaskan nama-nama besar seperti Jep Sepahtu, Atu Zero, Shuib Sepahtu dan Ain Edruce untuk kategori Artis Komedi Popular.

Pelakon senior, Liza Abdullah pula menepati jangkaan apabila dia telah memenangi Anugerah Watak Antagonis Popular dek penangan wataknya sebagai Mak Leha dalam drama popular '7 Hari Mencintaimu 2'. 

 

Berikut adalah senarai pemenang anugerah setiap kategori di ABPBH34:

Bintang Paling Popular : Janna Nick

Pelakon Filem Wanita Popular : Janna Nick

Pelakon Filem Lelaki Popular : Fattah Amin 

Pelakon TV Wanita Popular : Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular : Ben Amir

Penyanyi Wanita Popular : Siti Nordiana

Penyanyi Lelaki Popular : Haqiem Rusli

Penyampai Radio Popular : DJ Lin

Pengacara TV Popular : Janna Nick

Artis Versatil Popular : Siti Nordiana

Artis Komedi Popular : Asif Suhaimi

Artis Duo/Berkumpulan Popular : Aina Abdul dan Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular : Dolla

Artis Baharu Lelaki Popular : Dinie Rashid

Watak Animasi Popular : Ejen Ali

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Hajah Habsah Hassan

 

Kategori Online 

Gandingan Serasi Drama Popular : Kamal Adli & Uqasha Senrose

Gandingan Serasi Filem Popular : PU Riz & Wanna Ali

Watak Antagonis Popular : Liza Abdullah 

YouTuber Popular : Aqil Zulkiflee

Artis Tik Tok Popular : Khai Bahar

Anugerah Fantastik Popular : Siti Nordiana FC - Getaran, 14 November 2021

Gambar : Instagram ABPBH34

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Janna Nick Kesal Dituduh Punca Pergaduhan Fyna Jebat

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan