web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

Foto menyambut 1 Syawal bersama penerbit, Gayatri menguatkan spekulasi bahawa pasangan ini akan mengakhiri zaman bujang mereka dalam masa terdekat

Seni & Hiburan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 2:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Setiap tahun dia beraya bersama keluarga saya", itu respon aktor terkenal Zul Ariiffin saat diajukan soalan tentang Gayatri yang dilihat menyambut 1 Syawal dengannya.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 38, Gayatri memang rapat dengan keluarganya malah arwah ibunya sudah menganggap wanita itu seperti anaknya sendiri.

"Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.

"Sejak dulu mak saya memang sayang dia walau macam mana sekalipun dan sudah anggap dia seperti anaknya sendiri.

"Kalau kita 'throwback' gambar raya yang lepas, memang dia sentiasa ada bersama," katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sheriff.

Baru-baru ini media melaporkan Zul bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. 

Disebabkan itu ramai yang meneka bahawa gambar sambutan 1 Syawal bersama merupakan petanda bahawa hari bahagia mereka sudah hampir tiba. Namun Zul menyangkal dakwaan tersebut.

"Cerita 'hari bersejarah' itu sudah wujud sejak lima tahun lepas tapi tak hampir-hampir pun.

"Selagi itulah saya akan beritahu apa yang orang ramai mahu dengar sebab itu bukan satu kepentingan bagi memuaskan hati masyarakat.

"Saya seorang pelakon, tidak kiralah baik atau buruk, orang pasti nak tahu tentang diri saya.

"Yang saya ada saki-baki untuk diri sendiri ialah kehidupan peribadi. Jadi, bukannya tak mahu kongsi dengan orang tetapi itulah satu-satunya yang saya miliki," jelasnya.

Zul turut memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya yang disememangnya dinantikan ramai sehingga kini.

Malah, dia sendiri sentiasa berdoa agar segala urusan tersebut berjalan lancar satu hari nanti dengan wanita yang tepat.

"Saya akan kongsi pada semua kalau ada berita tentang kahwin.

"Saya tak doa untuk kahwin cepat tetapi minta dipermudahkan urusan, dijauhkan daripada fitnah,  sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

"Saya sudah kenal dengan ramai wanita yang memiliki macam-macam perangai. Saya perlu buat pilihan yang tepat dan saya ada pilihan yang tepat," ujarnya.

Gayatri turut dilihat menemani Zul di majlis tayangan perdana filem Sheriff di Mana Zul melakonkan watak utama sebagai anggota pasukan khas PDRM bernama Sheriff yang ditugaskan untuk menangkap polis yang melakukan kesalahan jenayah dan rasuah.

Filem Sheriff yang diarahkan oleh Syafiq Yusof bakal menjengah pawagam seluruh negera secara rasmi bermula 18 April 2024. - Getaran, 17 April 2024

Foto : Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang