web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Video Tular Rumah No.107, Astro Warna Mohon Maaf 

Pihak Astro warna akan lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program dan tidak akan berkompromi dengan hal berkaitan gangguan seksual serta diskriminasi ke atas wanita

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 4:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Klip video program sketsa dan bual bicara komedi, Rumah No. 107 terbitan Astro Warna yang tular berikutan perkongsian aktor Fauzi Nawawi tentang pengalamannya menjayakan babak rogol melibatkan aksinya dengan pelakon Raja Farah Raja Aziz dalam filem Anak Halal telah menerima kecaman hebat pelbagai pihak. 

Bahkan, selaku pihak penerbit, Astro Warna turut dikecam kerana tidak menapis kandungan bersifat keterlaluan. 

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi bersama pihak Astro Awani, Astro Warna menegaskan mereka memandang serius perkara ini. 

Menerusi kenyataan itu, Astro Warna sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan seksual dan diskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata (secara lisan).

Astro Warna memohon maaf di atas sebarang keterlanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan pada masa hadapan.

Video yang tular itu telah menyebabkan Fauzi dan seluruh produksi program Rumah No. 107 dihetam teruk terutama hos yang terlibat di dalam produksi itu iaitu Khir Rahman, Joye Daud, Ropie dan Vicha. 

Fauzi dalam satu temubual memberitahu bahawa dia terkejut apabila episod program yang dijayakan itu tular selepas sekian lama. 

Tegas Fauzi, selepas selesai menjayakan episod program tersebut dia telah meminta pihak penerbit untuk memotong bahagian yang bersifat keterlaluan.  Namun, bahagian-bahagian itu tidak dipotong. 

Sementara itu, Raja Farah dan suaminya telah meluahkan rasa kecewa terhadap isu kandungan video tersebut yang disifatkan mengaibkan dan tidak menjaga kehormatan dirinya sebagai wanita. 

Sebagai salah seorang hos Rumah No. 107, Khir Rahman yang membawakan watak sebagai Tok Khir telah membuat permohonan maaf kepada Raja Farah dan suaminya. 

Kesal dengan apa yang terjadi dan tidak bermaksud untuk mengaibkan sesiapa dalam episod program itu, Khir bagaimanapun lega apabila Raja Farah dan suami telah menerima permohonan maaf tersebut. - Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.