web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 8:26AM

Hussein Omar Khan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua anggota polis yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta akan didakwa di Mahkamah Ampang hari ini.

Ketua Polis Selangor. Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses pendakwaan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kedua-dua anggota polis itu akan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (KK) dan seorang daripada mereka akan turut dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 377C KK, Seksyen 377CA KK dan Seksyen 376(1) KK.

"Kedua-dua anggota polis akan dituduh pada 2 petang esok, selain, kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan ditahan kerja serta-merta," katanya.

Beliau menegaskan tiada sesiapa akan dilindungi jika terlibat dengan jenayah dan setiap kes akan disiaat serta dibawa ke muka pengadilan.

Pada 11 Januari lepas, BERNAMA melaporkan dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad