web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 8:17AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan semalam, mengekalkan hukuman penjara 42 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas seorang penganggur atas kesalahan merogol anak tirinya yang masih di bawah umur sebanyak 105 kali dalam tempoh tiga tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu juga diperintah dikenakan sebatan rotan 24 kali.

la susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin yang menolak rayuan lelaki itu terhadap hukuman penjara.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Hakim Hadhariah berkata, mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 42 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki itu.

"Apa jenis bapa yang merogol anaknya sendiri atau anak tiri, (walaupun) sekali kita tidak boleh maafkan, apa lagi 105 kali," kata Hakim Hadhariah semasa prosiding rayuan, sambil menambah kanak-kanak itu telah menderita 105 kali.

Bapa sepatutnya melindungi anak-anak mereka dan bukannya memudaratkan mereka, katanya, sambil menambah mahkamah lebih prihatin untuk melindungi kanak-kanak dan remaja perempuan.

Beliau berkata, mahkamah telah menjalankan kajian yang menunjukkan kes sedemikian semakin meningkat dan tidak yakin lelaki itu telah menyesal.

Terdahulu peguam K.A. Ramu, yang mewakili lelaki itu memberitahu mahkamah anak guamnya akan meringkuk di dalam penjara sehingga usianya 63 tahun dan memohon mahkamah agar memendekkan tempoh penjara kepada 30 tahun.

Beliau juga berkata, anak guamnya telah menyesal dan mahu kembali ke pangkuan masyarakat.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Tahir, yang menyifatkan perayu sebagai 'seorang lelaki yang sakit' berkata, hukuman penjara 42 tahun itu adalah wajar.

Beliau berkata, perayu melakukan kesalahan itu ketika ibu kanak-kanak tersebut berada di tempat kerja.

Pada 27 Januari 2021, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya itu di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya Selangor. Pada 2018, mangsa berusia 12 tahun.

Dia telah merogol mangsa sebanyak 58 kali pada 2018, 35 kali pada 2019 dan 12 kali pada 2020, menjadikan jumlah keseluruhan pertuduhan kepada 105. Mahkamah Sesyen turut memerintahkan lelaki itu diberi 24 sebatan rotan.

Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Klang mengurangkan hukuman penjara kepada 42 tahun dan mengekalkan hukuman 24 sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. Dia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 minit yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

Memilih untuk bertanding sendirian dalam landskap politik yang sama berisiko memberikan isyarat bercelaru kepada pengundi; kerjasama dalam kerajaan, tetapi bers...

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti