web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 5:09PM

Hussein Omar Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita warga emas yang ditahan pihak berkuasa Nigeria kerana dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis Canadian Loud ke negara itu, yang diperangkap oleh anak perempuannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata dakwaan itu masih dalam siasatan dan pihaknya meneruskan usaha mengesan anak wanita terbabit.

"Usaha mengesan anak wanita itu masih dalam tindakan dan dakwaan bahawa wanita terbabit diperangkap oleh anaknya juga masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hussein berkata pihaknya sudah dimaklumkan oleh Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) berhubung penahanan wanita berumur 63 tahun itu.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, wanita terbabit ditahan pihak berkuasa Nigeria pada 17 Mei lepas setelah dipercayai cuba menyeludup 31 kg dadah jenis Canadian Loud ke negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos.

Difahamkan, wanita yang memiliki status warga Malaysia naturalisasi itu tiba di Nigeria dengan menaiki penerbangan dari Thailand melalui Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dipercayai dalam perjalanan dari Malaysia ke Thailand sebelum ke Nigeria, dengan membawa dua bagasi besar mengandungi bahan terlarang terbabit.

Ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa perjalanan tersebut ditaja oleh anak perempuannya dan telah berada di Thailand kira-kira dua minggu sebelum menerima bungkusan berkenaan untuk dihantar ke Nigeria. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 5 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran