web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2024 1:30PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pendakwah selebriti, Dal Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, lima tahun lepas.

Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Shah Iqmal, 29, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau berkata tertuduh merupakan seorang pendakwah agama dan penceramah motivasi yang memberikan impak besar kepada masyarakat justeru perbuatan yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa tidak dapat diterima akal yang munasabah.

"Mahkamah mempertimbangkan kesan trauma kepada mangsa kerana mangsa mengumpulkan kekuatannya untuk tampil membuat laporan polis terhadap tertuduh dan perlu menghadiri proses perundangan yang panjang di mahkamah," kata Norazlin yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Syed Shah Iqmal dituduh merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 pagi pada ll Sept 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Dalam penghakimannya, Norazlin berkata mahkamah berpendapat bahawa pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian dan pemikiran semula meskipun disokong pernyataan awalnya kepada pihak polis.

Beliau berkata keterangan tertuduh juga tidak cukup untuk mematakan kes pendakwaan bahawa kejadian rogol sememangnya telah berlaku.

"Tertuduh menafikan terdapat elemen paksaan terhadap mangsa, bermula ketika tertuduh mengajak mangsa keluar hingga ke saat hubungan seks dilakukan. Tertuduh turut menatikan terdapat ancaman kepada mangsa, sama ada semasa atau selepas kejadian dan dia juga menyatakan mangsa tidak cuba melarikan diri dan komunikasi mereka selepas itu adalah baik.

"Namun, pembelaan berhujah bahawa keterangan tertuduh itu tidak konklusif dan tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah kerana pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata," kata hakim itu.

Menurut Norazlin, mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh adalah individu yang mula-mula mengajak mangsa keluar dan membawa mangsa ke rumahnya.

"Tertuduh mempunyai latar belakang sebagai seorang penceramah dan motivator terkenal, mempunyai satu kedudukan yang mulia dan dipercayai oleh mangsa. Pihak pendakwaan juga telah membuktikan mangsa adalah seorang yang lemah kerana mengalami kemurungan dan ini menyebabkan mangsa yang lurus bendul tidak boleh membuat keputusan serta tidak boleh melawan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad