web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 12:13PM

Pasangan pelancong Sepanyol yang menjadi mangsa keganasan di India baru-baru ini - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Seorang pelancong Sepanyol diperkosa tujuh lelaki di timur India, manakala suaminya cedera selepas diserang ketika sedang menjelajah negara itu menggunakan motosikal.

Menurut laporan media tempatan, insiden berkenaan berlaku pada Jumaat di kawasan Hansdiha, Dumka, dalam negeri Jharkhand, sekitar 300 kilometer dari ibu negeri, Ranchi.

Pasangan pelancongan berkenaan dikatakan membuat keputusan untuk berkhemah di lokasi kejadian, sebelum meneruskan perjalanan ke Nepal, melalui Bihar. 

Portal tempatan melaporkan, kedua-dua mangsa ditemui sekumpulan lelaki yang bertindak menyerang keduanya, sebelum tujuh daripada mereka memperkosa wanita terbabit.

Seorang pegawai polis memberitahu, suami isteri berkenaan sedang dalam perjalanan mengelilingi dunia menggunakan motosikal dan akan berkhemah di lokasi berbeza setiap kali.

“Polis sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian,” katanya.

Sementara itu media tempatan melaporkan, Superintendan Pitambar Singh Kherwar bergegas ke lokasi pada lewat malam dan menahan tiga saspek.

“Kejadian rogol itu berlaku pada Jumaat malam,” kata Pegawai Polis Divisyen Jarmundi, Santosh Kumar.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi pegawai polis yang enggan dikenali berkata, kes berkenaan melibatkan tujuh hingga lapan pemuda tempatan.

Katanya, khemah pasangan tersebut didirikan di satu kawasan tersorok di pasar Hansdiha.

Polis pula memberitahu, mangsa kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kolej Perubatan Phulo Jhano.

India merekodkan anggaran 86 kes rogol sehari pada 2022, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di negeri Rajasthan, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh. - Agensi

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad