web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kecoh Di Media Sosial! Apa Yang Terjadi Antara Caprice Dan Ustaz Ebit Lew?

Caprice telah melontarkan beberapa dakwaan lewat Instagram mengenai misi bantuan kemanusiaan Ustaz Ebit Lew baru-baru ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 9:15PM

Gambar: Tangkapan layar Instagram @capriceofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap, Ariz Ramli yang lebih dikenali sebagai Caprice semakin menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet sejak mendedahkan dirinya telah disekat di laman sosial Instagram pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew

Kekecohan yang ditimbulkan cukup mengejutkan banyak pihak bahkan telah mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan Ustaz Ebit Lew di Palestin.

Apa yang sudah terjadi dan mengapa secara tiba-tiba hubungan antara mereka menjadi dingin? Bukankah Caprice merupakan salah satu penyokong Ustaz Ebit Lew selama ini?

Isu itu mula kecoh selepas Caprice bertanyakan mengenai foto yang dihantar oleh Ustaz Ebit di Instagramnya menunjukkan seorang kanak-kanak yang menerima mainan. 

Difahamkan foto berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin. Menurut Caprice tindakan Ustaz Ebit menggunakan kanak-kanak sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar dalam hantaran Instagram Storiesnya.

Sebelum kekecohan ini berlaku, menurut Caprice, dia sudah menghantar mesej peribadi yang panjang dan lebar menegur pendakwah bebas itu mengenai isu tersebut namun tidak dilayan malah disekat pula di laman sosial.

“Ada beberapa pihak yang tak senang melihat gambar-gambar Ustaz. Caprice bagi contoh budak ini, dia kena ambil gambar dua kali terima mainan.

“Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ini, Caprice pun tak tahu nak jawab apa,” katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi Whatsapp Ustaz Ebit.

“Gambar-gambar ini menunjuk budak miskin yang sama terima mainan tapi harus pose untuk kamera dua kali di dua sudut yang berbeza. Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot?” tambahnya lagi.

Isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah antara penyokong Ustaz Ebit Lew. Caprice juga telah melakukan sesi live bersama seorang pemuda bernama Redha Zaini yang dipercayai menetap di Kaherah dan pernah membantu Ustaz Ebit dan pasukannya di Mesir sebelum ini.

Menerusi siaran langsung tersebut, Caprice menceritakan mengenai hantaran Instagram Storiesnya yang berhubung dengan isu tersebut. Caprice juga menjelaskan bahawa dia mahu ke Gaza untuk membersihkan salah faham yang berlaku.

“Serangan ke atas Al-Aqsa pada bulan puasa kelmarin merupakan pembakar semangat buat saya untuk ke sana,” ujarnya.

Namun, sesi tersebut menjadi hangat apabila Redha memberitahu bahawa penyanyi rap itu tidak mahu berbincang. “Hal yang berlaku boleh dibincang secara baik dan tidak perlu diceritakan kepada publik.

“Saya percaya dengan meninggalkan sesi live tersebut dan membuat satu lagi sesi live yang baru bersama ahli pasukan Ustaz Ebit, Arief Farhan adalah terbaik bagi meredakan sekali gus menjelaskan keadaan ini,” kata Redha.

Menerusi live tersebut Redha menceritakan sedikit mengenai kisah yang pernah berlaku semasa dirinya bertemu dengan Caprice. Sebagai seorang Muslim, Redha terkejut apabila Caprice didakwa mengeluarkan kata kesat semasa berada di dalam masjid. 

“Caprice perlu faham mengenai isu yang berlaku dengan sebaiknya dan tidak perlu memburukkan nama mana-mana pihak,” kata Redha. Ia difahamkan juga, Instagram Redha telah digodam selepas sesi live tersebut.

Selain itu, pelakon Sharnaaz Ahmad juga merupakan antara yang kecewa dengan perbalahan membabitkan antara dua pihak ini.

“Saya kenal anda. Ada benda yang anda cakap betul dan pakai otak. Sebelum ini ramai orang pandang tinggi pada anda tapi sekarang anda buat perkara yang membuatkan kami rasa hilang hormat. Ia menggambarkan seperti kami sedang bergaduh sesama sendiri.

“Janganlah bawak perangai budak-budak dan tidak profesional. Kita dah besar, kita ini mewakili negara dan agama Islam. Jadi, tolonglah selesaikan secara senyap dan dengan cara yang baik. Jangan cetuskan kontroversi yang tak sepatutnya.” katanya ketika menyertai sesi instagram live bersama Caprice.

Di hujung sesi yang disaksikan oleh hampir 250,000 penonton di Instagram itu, Caprice juga dilihat menitiskan air mata kerana sudah tidak mampu menahan emosinya.

Bagaimanapun, Caprice berkata dia belum bersedia untuk pulang ke Malaysia sekiranya masalah politik di tanah air tidak diselesaikan dalam masa terdekat ini. 

“Terdapat mainan politik kotor yang sedang berlaku namun segalanya akan dibongkarkan dengan lebih lanjut pada 21 Julai ini,” tambah Caprice. – Getaran, 17 Julai 2021

Gambar: Tangkapan layar Instagram @capriceofficial , @raydowwwwww

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN