web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2026 10:51AM

Thiago Avila - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA - "Terima kasih, Malaysia," demikian ucapan aktivis Thiago Avila, sambil memuji penglibatan negara yang tidak berbelah bahagi serta usaha berterusan dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menyifatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan sebagai sesuatu yang amat menakjubkan dan memberi makna besar kepada perjuangan solidariti antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Avila berkata komitmen kukuh ditunjukkan rakyat Malaysia dan masyarakat Asia, menambah dimensi moral yang signifikan kepada misi maritim.

"Solidariti daripada Malaysia, seluruh rantau Nusantara, malah dari seluruh Asia, amat mengagumkan. Kami sangat menghargainya. Kepada rakyat Malaysia, kami ingin ucapkan "terima kasih'. Anda semua luar biasa," katanya ketika ditemui kurang 24 jam sebelum flotila itu dijadualkan berlepas.

Beliau berkata Malaysia, bersama Indonesia, mewakili suara yang kuat dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa yang kekal mempunyai hubungan rapat dengan perjuangan rakyat Palestin.

Avila menegaskan bahawa komuniti ini didorong oleh penolakan kolektif untuk terus menyaksikan kebuluran kanak-kanak atau pengeboman yang menyasarkan hospital dan tempat perlindungan.

"Kita melihat penyertaan Asia dalam misi kali ini sebagai satu yang indah. Kita bercakap tentang komuniti yang mencintai Palestin, mencintai kebebasan, yang mencintai solidariti, yang benci melihat kanak-kanak mati kebuluran atau dibom," katanya.

GSF dijadualkan berlepas dari sini hari ini, membawa gabungan antarabangsa yang bertekad untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza serta memberi respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing dihadapi rakyat Palestin.

Misi kali ini melibatkan lebih 80 buah kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, menggabungkan tindakan maritim dengan gerakan mobilisasi global secara bersepadu di darat, selain menghubungkan usaha solidariti, advokasi undang-undang serta kempen akar umbi di pelbagai negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Global Sumud Flotilla: Aktivis Malaysia Yang Ditahan Israel Selamat Tiba Di Türkiye

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad