web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2026 11:02AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Menteri-menteri luar Türkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mengecam tindakan Menteri Israel Itamar Ben-Gvir terhadap peserta flotila yang ditahan Israel, dan disifatkan sebagai "mengerikan, menghina dan tidak boleh diterima".

Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri itu berkata tindakan Ben-Gvir mengaibkan tahanan secara terbuka merupakan "serangan memalukan terhadap maruah manusia" dan "pelanggaran jelas" terhadap kewajipan Israel di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi.

Mereka turut mengecam perbuatan hasutan dan keganasan yang disifatkan sebagai tidak sah oleh Ben-Gvir serta pegawai Israel lain terhadap rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki.

Menteri-menteri itu memberi amaran bahawa tindakan provokasi sedemikian "menyemarakkan kebencian dan ekstremisme" serta menjejaskan usaha mencapai keamanan yang adil dan berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Kenyataan itu menggesa pertanggungjawaban terhadap tindakan Ben-Gvir dan meminta langkah konkrit diambil bagi menamatkan provokasi serta pelanggaran berulang.

Kenyataan itu turut menekankan keperluan melindungi hak asasi manusia, memastikan maruah dan layanan berperikemanusiaan terhadap semua tahanan, serta menegakkan undang-undang antarabangsa di wilayah Palestin yang diduduki. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad