web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2026 5:41PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa agar pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera, sambil menyeru negara yang mempunyai pengaruh supaya tidak menyeluarkan kenyataan semata-mata sebaliknya mengambil tindakan tegas bagi memastikan umat Islam dapat menunaikan ibadah sempena Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Israel masih menutup pintu masjid itu, sekali gus menafikan hak umat Islam untuk beribadah di tapak ketiga paling suci dalam Islam pada penghujung Ramadan serta menjelang Aidilfitri.

"Tindakan Israel tidak berlandaskan sebarang asas sah dari segi undang-undang, moral mahupun dalam apa-apa pengertian sebenar terhadap martabat insan. Penutupan berterusan Masjid Al-Aqsa tidak dapat diterima sama sekali dan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

"Keadaan yang berterusan mencerminkan tahap kekebalan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menzahirkan solidariti rakyat Malaysia kepada umat Islam Palestin yang menyambut Aidilfitri dalam situasi terkini.

"Buat umat Islam Palestin yang menyambut Aidilfitri dalam situasi ini: keimanan, kesabaran dan ketabahan anda dilihat. Anda tidak bersendirian. Rakyat Malaysia akan terus bersuara dan bertindak sedaya mampu," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran