web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Kebal Undang-Undang, Ini Senarai Selebriti Dikompaun Langgar SOP

Tok Ti akur dengan keputusan yang diberikan oleh bahagian pendakwaan dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 6:33PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak pendakwaan nampaknya tidak main-main menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang sudah digariskan kerajaan.

Bulan ini menyaksikan satu demi satu cerita selebriti tempatan dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis, turun naik mahkamah, dikompaun atas alasan kegagalan mematuhi SOP. 

Mata netizen begitu tajam. Nampak sedikit sahaja salah, habislah menjadi viral dan segala tindakan anda akan dipersoalkan. 

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Walaupun digelar penyanyi nombor satu Malaysia dan disayangi ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terkecuali menerima kecaman hebat sebaik sahaja memuat naik gambar kenduri kesyukuran dan majlis tahnik anaknya awal bulan ini. 

Beliau dan suami, serta beberapa individu lain telah dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan. Pihak pendakwaan akhirnya memutuskan pasangan itu didenda RM10,000 setiap seorang. Manakala kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang turut dikenakan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal serta tiga orang anak Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

 

Memey Suhaiza, Norman Hakim, Abby Abadi

Gara-gara memuat naik foto raya bersama-sama sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakari berdepan dengan hukuman kompaun RM2,000 setiap seorang.

Ini terjadi setelah gambar mereka menjadi tular di laman sosial selepas warganet mendedahkan mereka tidak tinggal di rumah. Tambahan lagi, kerajaan sudah mengharamkan aktiviti ziarah sepanjang lebaran bagi mengelakkan penularan wabak.

 

Neelofa

Memegang trofi selebriti ratu langgar SOP, Neelofa  menjadi perhatian ramai apabila hampir setiap minggu ada sahaja cerita tidak sedap didengar membabitkan dirinya.

Bermula dengan beliau dan keluarga dikompaun RM60,000 berikutan pelanggaran SOP di majlis kahwinnya dan melanggar kebenaran untuk tujuan rentas negeri ke Langkawi. 

Belum reda isu tersebut, Neelofa dan suami dipanggil memberi keterangan berikutan gambar mereka berada di sebuah kedai karpet yang terletak di Nilai 3 menjadi tular. Mereka kemudian didakwa atas tuduhan gagal membuat imbasan MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka namun masing-masing mengaku tidak bersalah.

Baru pulang dari mahkamah di Seremban, polis pula membuka satu lagi kertas siasatan apabila Neelofa dikatakan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti yang diwajibkan kerajaan. 

Tidak berhenti di situ, tiba-tiba media sosial menjadi kecoh apabila sebuah portal berita tempatan merakam aksi pemandu, Neelofa, suami dan peguamnya menaiki kereta yang sama. 

Ini telah melanggar SOP apabila kerajaan hanya menghadkan hanya tiga orang sahaja di dalam sebuah kereta. Pelakon filem Azura itu bagaimanapun telah menelefon IPD Seremban dan menjelaskan salah faham yang berlaku. 

Neelofa bagaimanapun memberitahu media bahawa dia akan memberi kerjasama penuh di atas dakwaan yang diberikan kepadanya. 

Artis atau tidak, SOP tetap SOP. Hati-hati, netizen sentiasa memerhati. - Getaran, 27 Mei 2021

Semua gambar: Gambar fail, kecuali Abby Abadi dan Memey Suhaiza dari Instagram @abby_abadi112

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN