web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 7:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ibu baru-baru ini berkongsi pengalaman untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai, agar sentiasa memastikan pasport antarabangsa  disimpan di tempat yang selamat.

Ketika sedang membuat persiapan untuk penerbangan ke luar negara pada hari yang sama, anak kecilnya telah menemui pasport milik wanita itu dan menconteng beberapa halaman dokumen berkenaan.

“Saya rasa mahu menangis. Ketika saya sedang mengemas barang, anak saya telah menconteng pasport saya,” kongsinya menerusi media sosial.

Menurut wanita berkenaan, penerbangannya dijadualkan pada waktu malam dan dia segera bergegas menemui pegawai imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan pengesahan.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan memaklumkan bahawa pasport tersebut telah rosak dan dia tidak dibenarkan menaiki penerbangan.

“Hari itu adalah hari Sabtu (6 Jun) dan saya hanya boleh menyelesaikan urusan ini pada hari Isnin.

“Saya berjaya menunda penerbangan ke malam Isnin, namun terpaksa membayar tambahan sebanyak RM620.

“Tolong doakan saya dapat menyelesaikan urusan pasport baharu pada pagi Isnin dan sempat menaiki penerbangan saya,” katanya.

Wanita tersebut mengakhiri perkongsian itu dengan menyatakan bahawa dia menerima segala yang berlaku dengan reda, dan sama sekali tidak menyalahkan anaknya.  –  Getaran, 7 Jun 2026

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad